Jan 20, 2009

ceritera tentang KAYA

Sewaktu khairul dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke MELAKA daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya … “Anak nak ke mana?”. Khairul menjawab ringkas, “MELAKA” Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh?” dan dijawab oleh khairul tadi “Ehm…bolehlah.”

Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati khairul berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” khairul tersentak dan berkata dalam hati,”Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”

Khairul pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak” Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati khairul berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” khairul jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana”.

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Aunty Rosie untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.” Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta. khairul tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan...kah3.

ps : teringin melihat wajah insan yg bernama khairul?try lah cari dimane2 lubuk blog ku ini..hek3!

9 comments:

Anike MK said...

Adakah ini kisah benar atau dongengan semata2???

haha!!!

Kroll?? Melaka??

=)

Da' daffodil D said...

ini kisah separa benar..ekeke

dayah_blueberry said...

hahahhahah..pandainye..leh jd penulis skrip..yG IMPORTANT........pelakaOn @heRo islah khairuL..hek..setuJu x?

Da' daffodil D said...

sutujuw!!!kih3

mUTe said...

khairul hakimi ke??? hahahaha ko wat pe g melaka?? melancong??

Da' daffodil D said...

ak x kate khairul hakimi ato memane lagik ar khairul..cume..khairul ittew berasal dari melaka..xsilap ak tgi2 org nye..kih3

dayah_blueberry said...

tiNggi2..POyOs..yG pentIng dia xkaN pahaM kalau iCha cakap..xsampai sIgnal..kakkakaak

avid_gunner said...

zuhud gile khairul tu...

Da' daffodil D said...

ehehehe..