Mar 31, 2009

ceritera tentang khemah

disebabkan blog uncle benludin ade cte pasal camping, ak pon bajet2 terhengat kat cite pasal khemah mase ak muda2 dolu...ngeeee

Rol dan Mey pergi berkhemah. Setelah penat memasang khemah dan hari pun sudah beransur gelap, mereka pun tertido la di dalam khemah tersebut. Beberapa jam kemudian, Mey terbangun dan mengejutkan Rol dari tido.
Mey : Rol, cuba kau pandang kat atas dan apa yang kau nampak..?
Rol : Aku nampak berjuta-juta bintang.
Mey : Dan apakah maksudnya itu?
Rol : *setelah berfikir sejenak* Dari sudut Astronomi ada kemungkinan yang terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di luar sana. Dari sudut Astrologi aku perhati yang planet Musytari di kalangan Leo. Dari sudut Horologi, aku berpendapat masa sekarang lebih kurang pukul tiga pagi. Dari sudut Theologi aku dapat merasakan yang Tuhan itu maha berkuasa dan kita ni hanyalah hamba yang sangat kerdil dan lemah. Dari sudut Meteorologi, aku ramalkan yang esok cuaca akan cerah sepanjang hari. Kenapa kau tanya aku soalan yang macam tu? Apa maksudnya bagi kau?
Mey : *Terdiam seketika*. Bodoh la kau ni Rol. Ada orang dah curik khemah kita la...!

muahahah....^_^

2 comments:

benludin said...

khemah/kemah?

kena edit la ini macam..
hehe

Da' daffodil D said...

khemah...

confirm..!!heee~~