Dec 31, 2009

azam 2010

azam 2010 dayana adalah

1. nak graduate dengan jisim 55kg.

2. nak laksanakan azam di atas.


sekian.

Dec 28, 2009

buat kekasih tersayang

hari ni saya bangun pagi pagi semangat gila nak dating dengan awak. dahla tak jumpa dekat dua bulan. serius saya rindu awak. walaupun sebenarnya dalam hati memang dup dap dup dap gemuruh saya pada awak. masa hari jumaat lepas awak SMS saya cakap nak jumpa isnin ni pukul 10 pagi kat tempat biasa. so, malam tadi saya iron baju cantik saya, dengan tudung lip lap lip lap saya supaya awak dapat tatap saya puas puas so awak takkan nak rindu rindu saya selalu maka mintak nak dating dengan saya tiap tiap minggu. awak pun tahu ni final year saya kan, takkan la awak nak selalu ajak saya dating kan? maka, dah siap comel comel semua, saya pun terus ke tempat dating biasa kita. saya keluar pukul 8.45 am tahu tak? padahal nak dating pukul 10 am. takpelah, demi awak juga, nak prepare apa yang patut dulu sebelum tatap muka awak yang comel itu. tepat pukul 10, hati saya dah nervous gila bak kata baizura "butterfly in stomach" punya tahap dah. tengok tengok dah pukul 10.30 pagi tapi awak tak muncul muncul. sedih saya sebab dah tunggu awak lama bukan main. rindu bersarat sikitpun awak tak fikir kan saya, kan? saya nak SMS awak tapi dek marah yang menggunung, saya malas lah kan.

hey mr shia, bila nak ajak saya dating lagi ni????? project awak suruh saya buat ni dah la tedious gila sampai saya rasa nak sepak sepak kompos tu kasi betul betul matured lalu menyumbat ia secepatnya ke dalam polybags supaya awak puas hati. janji nak datang tapi tak datang kenapa? nasib baik kaki saya gemuk kalau tak memang next week saya dah hayun kasi awak rasa free free tanpa segan silu dan lain kali boleh minta lagi!

ps : MARA, poket i dah kering kontang. harap maklum.

Dec 26, 2009

update semalam - menonton avatar. benar kata orang orang, movie ini best dan penutup yang baik untuk 2009. tetapi, menonton avatar membuatkan saya benci manusia dan kasihkan navi. ah.

anak jiran sebelah rumah kahwin. aku tak pernah tengok dia(jejaka yang kahwin itu) walaupun dia duduk sebelah rumahku. melalui adik, katanya lelaki itu agak kacak dan wifey nya biasa biasa aje. ku bilang pada adik, khabarkan pada si lelaki : ceraikan sahaja si wanita dan tunggu aku pulang. ha ha. gelak sudah adikku walhal aku serius. ah, siapa yang tak nak jejaka yang agak kacak bukan? (terlalu kacak aku tidak mahu!)

karok sebelas lagu menyebabkan saya rasa energetic. phew.

ps : awak letak talipon macam nak mintak penampar dari saya.

Dec 24, 2009

SKB's wajib tayang

from left : The CEO, Bob The HR Manager, Shafique The Director, Shelah The Production Executive, Mira The (lupa), Baizura The Graphic Designer.

hello. i am Dayana, the chief executive officer of wajib tayang production. first of all, just to share with you all that the wajib tayang's name were chosen by us because of we were hoping that all of our products will be "wajib tayang". well, as CEO of the company, i have a very high expectation that this company will run successfully after setting a good culture - treating each other with respect. thank you.

- script : English for workplace communication. -

rezeki tangan bila cabut undi dapat jadi CEO. mudah2an rezeki badan suatu hari nanti betul2 dapat CEO. heh. amin! :P rasa macam pelik je speech aku untuk next tuesday ni. haih.

ps : abang, happy birthday yang ke 23! semoga kurus. he he

nostrils

" u have such a big nose-hole "
" hello, nostrils! "
" a ah, lupa. u have such a big nostrils "
" biase lah, i selalu korek guna ibu jari kaki "
" yucks. disgusting! dalam blog u pun selalu cakap pasal bende kotor. "
" biar lah dari u, tak de blog. ha ha "
" whatever. lubang hidung besar! korek guna sudu lah tu. "
" how u know? intai i selalu? ha ha. "
" double yucks "
" pbbbbt. jealousy! "
" hish. cant u just keep ur fluids away from me? "
" ha ha ha. bengang la tu! "


ps : im loving it. xD

Dec 22, 2009

Bila (part 1)

-biarlah kalau i suka berkhayal pun, i bukan guna otak you pun. sibuk! pbbbt.-

attn : the first four are real while the others are not - so far.

I just like it when the comel face of you tengah fikir camne nak solve problem tentang assignment/project you. And when you did asked me if I can suggest anything and sadly I cant, you just buat muka comel and senyum to me. Seriously I just cant actually describe how crazy I am sekarang sengeh sengeh bila fikirkan that comel face of you. Sekarang tidak lagi.

I just can’t help it when the-not-so-soft-left hand of yours was holding my right hand while driving. I know it is against the law but I just feel by doing that, u actually needed me to be by your side and I do appreciate it. Sekarang tidak lagi.

I selalu monyok bila you paksa I makan sayur sedangkan you tahu I tak boleh makan sayur. Then you akan ajak I pergi ashraf/azah/mart and beli kan I juice. Comel. Tak pun, you lalu Pulai then ada orang jual buah tepi jalan you berhenti and belikan I buah pastu suruh I makan banyak banyak suruh I gemuk sebab you cakap I gemuk = comel. ha ha. Padahal nak imbangkan balik nutrisi sebab I tak makan sayur. Apadaa. Sekarang tidak lagi.

I just feel so malu but happy at the same time (ngada oh!) when you hulur that different not so soft left hand of yours so that I could salam you. Then I cakap, “tak nak sebab kakak cakap nanti bila cium tangan suami sendiri tak feel dah”. Ha ha. And you just senyum and say ok! Then buat I rasa macam nak pelok pelok you kuat kuat tapi sadly tak boleh. He he. Mungkin akan lagi.

I suka sangat suka amat bila you asked me “what do you like to have?” and when I cakap I have no idea then you tiba tiba tanya perut I “what my baby like to have?” ha ha ha. Tipu tipu. Baby fat perhaps? ;p when I cakap I have no idea then you cakap “its ok, hari ni kita makan bla bla bla” sambil buat muka comel itu lagi. Ah. Satu hari nanti.

I happy even bila I gaduh dengan ayah I, malam tu you stay up with me just to listen to bebelan I + I was crying like a 3 yo little girl. Then you cakap “jangan nangis nanti cepat tua, tapi takpe nanti kita tua same2, I pun tetap sayang u”. Then I cakap, “Ok my heart melter, enuff, jom tido, I dah ok.” Ha ha. Satu hari nanti.

bersambung......

selit-ngan

bro's tummy, say hi to bloggers! heh.


ps : i just feel so bengong because telah fikirkan pasal kecewa terhadap you sepanjang hari and i end up with tak wish my mom earlier for her birthday! (how come my ex wish my mum pulak??ah!! benci!) i know that was a big mistake from me and i tak salahkan you sebab i am the one yang fikir pasal you, bukan you yang ngada ngada nak masuk dalam otak i. saya kecewa dengan diri saya. ah!

pss : i am so sorry with my words to u yesterday. dad, i love u so much and i hope things will get better soon.


you = specific to you. you, u = orang yang tidak specific.

Dec 20, 2009

kamu

bioneer 2009. it was a so so dinner. oh, i suka para para lelaki metroseksual itu menari tarian makhluk tuhan paling seksi. anda anda nampak sangat seksa. tahniah, i gembira tang itu. later upload kalau ada kesempatan.

YB Udeen n his wifey, Baishatul. (purple) with Kroll the son and Min the daughter.

Kroll and i.

The skinny Emma, the not skinny Shibah and i.

The anak mami Shelah n i.

******

kamu,
kalau aku bosan kamu bisa hiburkan aku?

kamu,
kalau aku sedih kamu bisa pujuk aku?

kamu,
kalau aku penat bisa kamu urut aku? heh

kamu,
kalau aku wanita biasa, kamu akan suka pada aku?

kamu,
mahu jadi kamu aku?

ps : badan penat, kaki penat, otak penat.

Dec 13, 2009

roommates

oh, hai blog! heh. rasa macam dah berkurun pula aku tak meng-update blog dek ketandusan idea. tak pun, terkena jangkitan penyakit ramai bloggers yang macam dah takde semangat nak ber-blog. ah, biarlah, asal depa bahagia.

malam tadi sebelum tidur, mencurah-curah idea datang tapi malas nak on laptop. sekarang wifi utm tengah laju tak hengat, idea macam kura-kura je lembabnye, yang macam kayu tenggelam timbul pun ada, dan macam kentut yang malu-malu nak keluar pun ada. heh.

btw, semalam dapat rommate baru, so post kali ni nak cerita serba sedikit tentang 'tupperware' roommate aku.

2004-2005 : masa kat mjsc terendak ni, selama 2 tahun aku dengan farah diana. dia suruh panggil dia tikus, tapi atas dasar hormat, aku panggil dia farah. he he. orangnye kecil hitam manis. pangalaman yang paling aku tak boleh lupa tentang farah ni is tiap tiap malam aku akan ajak dia tidur dengan aku. ha ha. nasib baik lah dia kecik so katil tu 60% milik aku. ha ha. oh, tiba-tiba aku rindu masakan sambal ikan bilis ibu farah. T_T

2006 (jan-may) : masa ni first time aku jejak kaki ke U. dapat roommate sarawakian. dayang norkhairunnisa! benda yang paling tak boleh lupa masa dengan dayang ni is time tu study week. kami 2 stay up sama sama. tiba2 ada bau pandan n aku tanya lah :
awak ada makan kek pandan ke?
haish, jangan tegur lah!
hah? kenapa tak boleh tegur?
......(dayang diam)
dua tiga detik kemudian secara spontan kami lari ke pintu. terus kua ke bilik sebelah. takut! (sebab orang bilang malam2 kalau berbau sesuatu jangan tegur) ha ha. rindu dayang!

july 2006-may 2007 : first year di UTM aku dapat teman sebilik yang lain course. asmahani namanya. paling best tentang dia is dia selalu kejut aku subuh. ah, baik sungguh. tak payah cerita banyak pasal dia sebab sudah ada di entry 'perempuan-perempuan saya'.

july 2007-may 2008 : buat pertama kali, aku dapat teman sebilik yang lebih tua dari ku. afifah. aku panggil kak fifa. bak kata bai, "weh, roommate kau hot" . ehem. ye ke? ah, tak nak cakap lebih la. tak rindu dia pun. ha ha *tiba2 rindu roommate bai*

july 2008-august 2008 : roommate ku juliya. serius dia sangat baik dan comel. tiap malam sebelum tidur kami cerita pasal pengalaman masing2. dahla, sebulan je, tak payah nak cerita banyak. ps : dia sangat comel. sangat.

august 2008-may 2009 : sekali lagi, aku dapat rommate yang lebih tua. nazihah namaya. oh, berkahwin sudah kak ah rupanya. tapi perangai tak macam bini orang. duk melawak je keje. pastu pengalaman kahwin pun kak ah banyak story dengan aku. ah, masa tu memang rasa nak ada suami. erk.
kak ah and me

july 2009-nov 2009 : norziha nama diberi teman sebilik aku kali ni. shela panggil dia orang bunian. sebab? biarlah rahsia. dia dah ada bf dan dia sangat sayang kat bf dia. selalu dia buat breakfast tuk bf dia. ah, nak kahwin kuasa dua! XD

dec 09-entah : siti wahyu. manis. cantik. putih. mata brown. lawa. kak, belanja i. noktah pasal anda.



ps - rasa macam nak:
- mencium bau bumi yang basah selepas kilat
-seseorang mendendang kan aku lagu barney

pss - roommate aku kat rumah perlu cerita tak?? ibuk! rindu.....~

Dec 9, 2009

bila bercinta dengan si F

pengakuan kali ini, tentang i dengan F i. cukup2 lah berahsia. F, i sayang u. *_^
i ingat lagi, dulu i dengan fakrul selalu main polis entri sama sama masa kecil. bila mail gemuk tolak i sampai i jatuh tersembam, fakrul lah yang jadi hero i. dia pujuk i, lepas tu dia jugak yang buat mail gemuk lari ketakutan.

i ingat lagi, fakrul hadiahkan i rantai berbentuk hati - rantai pusaka. sumpah i rasa i tak layak nak dapat rantai tu tapi fakrul yakin kan i yang rantai tu memang untuk i. sangat terharu i waktu tu. menangis berdandut i. heh.


i ingat lagi, masa tu i pakai dress merah nak ke majlis sahabat fakrul, taufik kot namanya. dress tu nampak leher jinjang i, jujurnya, memang agak sexy. i tahu, fakrul dah stim habis tapi sebab tu fakrul tegur, katanya 'tak sesuai'. heh. tapi biasalah i, degil. tak pasal, i di goda taufik si buaya mulut busuk. bertumbuk fakrul dengan si taufik tu.

i ingat lagi masa tu kami bertekak mulut, masing masing tak nak mengalah. tak pasal2, penampar sulung fakrul menjamah pipi gebusss i. heh. dan lepas tu, dekat seminggu dua jugak lah kami bermasam muka. takpe fakrul, i dah maafkan u sebab i tahu u tak sengaja.

i ingat lagi, setiap kali fakrul datang jumpa i kat U, pasti dia akan bagi i sekeping nota kecil. kata2 semangat. tapi ada sekali tu, 2 minggu dia tak show up sebab dia marah i berkawan dengan airil, tak keruan i di buatnya. dahla time tu exam week!

i ingat lagi, masa tu i stay up sampai pagi, lepas tu fakrul sediakan i vitamin. dia tunggu sampai i telan habis baru dia balik. lepas tu dia buat muka comel senyum2 goda2 i. nasib baik iman i kuat. heh.

i ingat lagi, time tu lampu dapur rosak. i kat rumah dia, dapur. tiba2 rasa macam ada orang peluk i dari belakang. menyirap i tapi macam best pula. ha ha. kemudian, suara ibu fakrul datang dari pintu. terkejut fakrul sebab di sangkanya aku ni ibunya. ah fakrul, nak lagi. nak lagi. hoh.

mungkin ramai yang ingat i tipu tentang fakrul ni tapi semua ni tak bohong. i sayang fakrul sejak kecil lagi sebenarnya. banyak lagi i nak share tentang i dengan fakrul. tapi fakrul cakap, sudah2 lah sebab yang dalam kelambu pun takkan nak cerita kot. hoh. even sekarang fakrul lumpuh, i akan sayangkan fakrul jugak.



ah, aku dah bilang jangan bagi aku baca novel. kan dah ter'jadi' watak utama. haih, menghayati betul lah! oh my fakrul...dalam mimpi!

ps : ingat, jangan bila kamu sudah bisa berdiri, kamu ingat bintang sudah boleh kamu capai. kamu silap sebab kamu tak berusaha lebih. jangan salahkan aku jika kamu kembali tertiarap.

Dec 8, 2009

cina versus melayu

cina ingat dia bagus. pijak orang melayu.

orang melayu tak hormat orang cina. cina kena kerja keras baru boleh berjaya.

orang cina makan babi. pengotor. berak tak basuh.

melayu bodoh. belajar tak pandai pun boleh masuk U.


- gadoh(2009).

kalau nak suruh aku buat review, mungkin review aku tak sehebat fiffymafia. maka, sila tonton sendiri dan fikir dari pandangan awak sebagai cina dan awak sebagai melayu. benar atau tidak - ada akal bukan? cuma, in short, zahiril adzim sangat comel. maka, sila lah sila lah tonton. heh.

****
aku sudah expert masak sambal tempe garing. oh, syazreen, sila drools banyak banyak sambil membayangkan masakan sedap saya yang konon2 awak bilang bisa kesakitan perut sekiranya melantaknya. hoh. lampiran gambar masakan masakan aku akan di post kemudian. sila tunggu dengan penuh ghairah. heh.

ps : masih dalam proses meng'expert'kan diri mentanak nasi tanpa terlebih atau terkurang air. heh.

Dec 4, 2009

ibu zaman sekarang

tadi aku ke pasar malam. sedang aku menunggu baizura membeli nasi goreng zaini, aku terdengar seorang budak kecil bertanya pada ibunya ;

mama, air warna hijau tu air apa?
mana ada air warna hijau
tu, pakcik tu tulis kathira. kathira tu apa?
entah, mana mama tahu. esok pi tanya cikgu kat sekolah.

sepuluh tahun akan datang, tatkala aku sudah berkeluarga, aku pasti akan ke pasar malam bersama suami dan anak anak. heh. dan jika anak aku bertanya

ibu, air warna hijau tu air apa?
yang mana satu sayang?
tu, pakcik tu tulis kathira. kathira tu apa?
ibu pun tak pasti, balik nanti ibu 'usyar' kamus. ok sayang?

haaa. tak ke molek jawab gitu kalau tak tahu. ^_^. ya, aku pasti akan menjadi ibu yang baik kepada bakal anak anakku nanti. heh.

ps : kenapa lately bila pakai jeans rasa jeans tu mengecil? haih.

Dec 2, 2009

perempuan perempuan saya

girls night's out. jangan persoal dimana dan bila. sila scroll down dengan khusyuk dan tawaduk.

asmahani, syamira, saya self, baishatul, syazreen. jangan risau dengan ke-dark-an gambar ini. sebab motif nya adalah untuk menunjukkan tar jalan. means, we were just happened to be 'up' there.

baju kotak kotak ini asmahani. ramai panggil beliau semah. ah, rock kapak bukan? tidur ketika makan memang sudah menjadi salah satu kebiasaan beliau. beliau merupakan seorang yang bijak pandai walaupun masih memakai braces (ok, memang tiada kaitan-sila abaikan). beliau sangat tinggi, berkaki zirafah dan bakal menjadi model pelantar. oh, yang paling penting, kami suka bilik beliau : our cinema, our party spot, our gossiping port. bakal pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan petroleum ini juga mempunyai seorang teman jejaka yang hitam manis serta mempunyai honda. ok, jeles sudah. tamat pasal beliau.

perhatikan si baju merah jambu ke-peach peach-an. ya, nama beliau baishatul. panggil saja bai/bye. beliau seorang yang sangat genius-mungkin dek baka seorang ibu yang bergelar guru. beliau perasan beliau tinggi dari sang penulis malangnya beliau cuma berada di paras telinga sang penulis. ha ha ha. ah, mungkin itu sahaja kelebihan sang penulis berbanding beliau. sadis pula. beliau mempunyai seorang gula gula hati tinggi lampai yang sedang melanjutkan pelajarannya nun di US. dan, beliau merupakan pembuat kek coklat terhandal di pantai remis. pantai remis itu celah mana? sila jumpa abang google atau tok yahoo.

perhatikan si tudung coklat. nama beliau adalah syamira. panggil mira. beliau merupakan seorang yang sangat comel apabila beliau berlari lari ke arah sang penulis lalu merengek rengek dan menyuruh sang penulis memakaikan beliau tudung. ha ha ha. beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang psychopath killer setelah beliau khatam membaca buku karangan max ryan. fortunately, desakan seorang profiler yang baik hati iaitu sang penulis membuatkan beliau bakal merubah profesion : bioprocess engineer. heh. oh, gadis ini sudah bertunang. jejaka jejaka di luar, main jauh jauh. dont let he bites you!

sila tenung wanita manis berbaju coklat. nama seindah rupa - syazreen. nick beliau adalah syaz namun untuk sesi menggedik, boleh panggil beliau reen. beliau mempunyai satu tabiat : menjalinkan hubungan teman tapi mesra dengan rakan satu maktab. beliau suka mencari a needle in needles. ah, a particular needle. means, beliau seorang yang rajin sehingga beliau dapat biasiswa petronas. oh, kami yang lain pemegang loan sahaja. yang amat pasti, beliau merupakan yang paling baik antara kami sebab beliau pernah berkata : "y dont we hang out with the gadis melayu theme?" ha ha ha. i should dare her.

spin the tables! its time to eat.

sila pandang sekilas gadis si tengah. nama diberi dayana. panggil je ikut ibu beliau bagi nama, dayana. beliau, comel. ha ha ha. mahu puke ramai ramai atau tidak? heh.



saya ada dia. tapi dia tiada honda, dia tidak study di US juga. malah, dia masih belum pun menjadi tunang saya. maka, kenapa saya suka dia? eh eh, suka hati saya lah!

ps : aku sedang menguji tahap keberkesanan sabun mandian bayi HALOS n HORNS. farrer, goodder. hoh.

Nov 29, 2009

mak i

aku melayan lagu yang dah bertahun popular.

aku pakai pakaian yang dah berzaman orang tak pakai.

aku belajar tentang sesuatu yang budak 10 tahun sedang belajar.

aku seorang yang lapuk. ya, lapuk, old skool atau tak mengikut peredaran zaman. bak kata gadis berlipstik merah jambu dan berseluar chic brown kotak-kotak jenama zara yang pastinya berharga ratusan ringgit yang mana aku hanya mampu beli butang seluar nya sahaja, you ni tak trendy la dayana. atau bahasa kurang pelajarannya, kampung. hoi, you asal usul terus bandar ke? nenek moyang you bukan beranak guna bidan ke? tak ke kampung? ok. sila kirim salam kat nenek moyang you. atuk sekali.

mungkin maksud perkataan kat atas tu ada yang berbeza tapi boleh kira adik beradik jugak la. tapi, who cares kalau aku lapuk? sila duduk rumah diam diam dan jaga anak you elok elok.

aku selalu respon marah lambat. kenapa ye? signal lambat!

******
nak upload video tetapi broadband lembab. click here. enjoy.
this is another gay thingy. maybe ramai dah tengok cuma aku je yang kampung. heh. btw, the video is so stupid but funny one though. gay, let's rock. BS!

ps : mak i mak i lah, ape hal nak jadi mak you pula?

Nov 26, 2009

adik beradik


adik beradik aku 3 orang. ya, hanya 3. kadang2 tengok kat facebook orang lain, siblings sampai 5 6 7 8. sumpah jeles. kan best kalau adik beradik ramai.

kalau bergaduh dengan along boleh kawan dengan angah.
kalau nak ajak gosip boleh ajak alang.
kalau nak buli, boleh buli usu ramai2. heh. syok.

tapi, its fated that i can only have 3 siblings. sadly sekarang dah tak boleh minta adik lagi, so kena tunggu the big brother kahwin baru boleh nak besarkan family. however, its a bless to have my abang and adik. ok lah 3 dari 2 kan? dulu masa kecik, sampai aku 8 tahun, hidup berdua je. dengan abanglah aku gaduh, dengan abang lah aku main masak2. ah, mula rasa macam nak upload pics comel kami berdua. tapi, nanti mungkin. takut semua tergoda dengan abangku, dia dah berpunya. heh. and 8 tahun kemudian, baru ada adik, peneman kawan, peneman gaduh. :D yang penting, aku sayang adik beradik aku even 2 orang. hoh.

*****
6 jam equal to 1 hari.
jumaat hingga khamis equal to 6 hari.
esok mula rindu balik.
T_T

ps : tadi main chess, malam ni main dam. esok dah raya, aku masih bosan.

Nov 24, 2009

sambal belacan

sejak aku active ber-facebook last year, banyak lah jugak dapat re-connect dengan old friends. and as usual they will ask ape cerita n so on. tapi yang tak bleh blah, "babe, bf mane? show off lah" damn. tang aku single time tu lah berderet manusia nak tanya. time aku ade bf yang boleh aku show off kan, tak nak tanya pulak. babababababababababababababababang! n when i said i dont have any mesti dorang akan jawab,

" kau memang, dari dulu jual mahal tak habis2 " hello, am i that cheap to say yes to ANYBODY?

" kes memilih sangat lah nih ye? " again, hello! nak aku sapu siapa2 aje ke? bullshit.

" tulah, dari kat maktab lagi i tgk u garang sgt, manelah laki nak lekat " cett, bukan garang tu, tegas namanya. itu pun cant differentiate ke? heh.

" i pun single juga " so what? hoh.

" nak aku kenalkan kau ngn kawan aku kat UTEM? " utem,utem. think twice, utem. think thrice. no thanks. nak dating jauh! heh.

favourite reply is jeng jeng jeng~

" takkan la secantik kau tak de bf kot? " ehem, malu i~ ;p

well, thats not the problemo. its just that maybe the guts to fall in love again is zero. or else, belum sampai seru lah! tipu lah kalau cakap perasaan nak bercinta tu takde kan. ha, see, gatal dah. heh. pada aku, bercinta itu macam sambal belacan. pedas tapi best. but as for now, make friends with everybody is the best solution. yeeehaaa!

nak kurus seperti ini semulak! baru bleh ade boyfren. yeah~

i can be brown, i can be blue, i can be violet sky...but i can be mean, its when i started to love a man. bababababbabababang!

ps : jangan buat lagu best best, sebab i mudah jatuh cinta. mika, you sentiasa di hati i. euw.
pss : aku nak bercinta sama sambal belacan! ok, hot guy.

Nov 23, 2009

happy monday

hi. happy monday. wish all of u happy monday - not like my monday. i woke up this morning with a brand new me : konon nak bangun awal n settle kan FYP dengan perasaan gembira. but it turned to something yang menggeramkan.

its hard to believe that the one u sayang or going to sayang or the one yang u tgah try to make a relationship with tak percaya dengan what are u doing. it hurts like minyak panas terkena jari ok? heh. contoh like u tgah tidur n bangun2 u received few messages saying that

" i know u tak tido, jangan main2 lah" or

" if u tak tido, tapi u cakap u tido, bende buruk akan jadi" or tiba2 masuk kasus lain

" u x pernah nak jaga perasaan i....bla...bla...bla.." hey, what the fuck?

cara nak tangani masalah seperti ini : marilah kita buat solat istikharah. hehe. im cool. hell yeah!(mode cool)



ps : if u cant trust me, buzz off!(mode cold)


Nov 19, 2009

belanja

trip to medan, indonesia. again, ah. tapi best pergi kali ni sebab abang ku join. my dad cant join due to some problem yg x dpt di elakkan. eceh.

day 1
KLIA

Sun Plaza. (macam mid n setaraf). aku tengok HAMPIR KESEMUA orang kat sun plaza nih termasuk kanak2 pakai blackberry/E71 n yang size seangkatan. pergh. ps:made in china mungkin. ;p tapi, masih pergh. pergh.

naik beca sampai seluar terkoyak. #$%^&!! ah, sebab tak muat la nih! how i wish i have a slimmer bro! or.... how i wish i am smaller?? heh.

lembur kuring. foods, marvelous. price, cheap. menu, damn. like 10 lauk sahaja.

day 2
budak itu sangat adorable. budak kecik. bukan budak besar. hoh.

shop till u drop.

hill park. setaraf genting but shit! it closed on monday.

brastagi.

day 3
eat till u.... _at? fat?? heh.
sisterhood.

sate padang. double damn.

grand swiss bel hotel.

day 4
restoran garuda. ah, malam ni nak mimpi ayam goreng garuda. super duper marv!

face-pose terbaik khas buat cowok ganteng di sana. heh.

*****
pekerja indon : belanja buk. belanja. mas, masuk mas, belanja ya.
abangku : aku datang nak belanja brg aku tapi kau mintak aku belanja kau?
aku : $%^&*( $%^&0!!!

Nov 14, 2009

BS awan dania

semalam aku pulang ke kampung-klang aje pun. jumpe tok alang aku, lama dia tenung aku. hati biaselah, mula rasa dia nak puji2 aku. paling2 dia cakap aku makin hawt ke kan. ha, jagan tak tahu, tok alang aku pandai sebut hawt ok! tok alang korg bisa? heh. so, aku buat2 bodoh jelah sambil khusyuk makan nasi lemak. konon kan! before aku masuk kereta tu, tok alang cakap, "makin gemuk kau ye na?makan apa kat skudai?" bedebuk batu jatuh! tulah, perasan lagi!! sedekah senyum sudah~

*****
rindu 2 bulan tak dapat makan nasi lemak pak ayub. pagi tadi, termakbul jua. petang ni, nak makan nasi kukus depan rumah. terbaik woot!

esok, aku akan meninggal kan bumi malaysia. ceh, cam nak study abroad lah pulak kan. heh. akan aku terjah blog kamu kamu nanti ya! :D


aiman aku dah gemukkkkkk!


ps : aku benci cerita awan dania. aku suka scha tapi bukan cerita ttg stewardess. bullshit.

Nov 12, 2009

sampai rumah sudah

menonton cerita fourth kind 2 malam lepas. it is a story based on true case studies.best atau tidak, sila lihat sendiri. ingin tanya pada aku, aku sukak aja. heh.


what to believe is yours to decide.


*****
aku sudah sampai di rumah. bosan teramat. ingin berjoli tapi tiada duit. click la nuffnang aku banyak banyak weh!

saja2 aku buka folders kat laptop rumah, banyak jugak jumpa gambar2 yang menaikkan darah. salah satunya...gambar di bawah. bilik ku jadi tempat persinggahan rakan2 adikku. adik, balik skolah japg kakak rotan!!

pencerobohan tak bertauliah adik ku beserta rakan2 nya di bilikku.

Nov 7, 2009

tukar URL

nak tukar URL boleh tak? siapa tahu macam mana sila ajar....orked, tolong......~



ps : ade silent readers tak? if ada, jangan la silent silent dah, payah nak inform nanti. heh.

Nov 5, 2009

suka duka

ini entri tentang suka duka seorang gadis dalam tempoh 24 jam. tiada apa yang hebat. luahan cuma. aku bosan dengan hidup.


kata orang, jangan terlalu gembira. takut nanti, esok esok bersedih pula.

****

semalam, aku gembira. sangat. sangat gembira. dunia, aku masih ingat. akhirat, wallahualam.
hari ini, aku bersedih. kecewa. kenapa perlu jadi sekarang, tengah tengah final exam? Allah. kadang2, apa yang kita usahakan tak selalu kita akan dapat. aku pasrah. mungkin ini lah yang terbaik dari Allah. siapa tahu? ok.


ps : i need you - to comfort me but u were not there.

Nov 3, 2009

Old fart, young heart!

You, Happy Birthday!

May your birthday bring you
as much happiness
As you give those who know you.

Sending warm and loving wishes
Of happiness and cheer,
And everything you need to start
Another happy year

This is a special birthday wish
That comes with love to you
It brings warm and heartfelt thanks
For all the thoughtful things you do,
It also comes to let you know
You mean more to me each day
And to everyone your lives have touched
In such a loving way.


god bless you, :)

mahu lihat you aku? belah la dada ku. heh.

******

dulu aku pernah bilang sama seseorang bahawasanya aku suka melihat lelaki memakai jam. jam tangan, bukan jam dinding mahupun jamban. ngeng. sedar2, seseorang itu terus membeli jam tangan dan memakainya. detik hati ini, oh, nak ambil hati aku la itu. pandai kamu, hatiku terambil olehmu. tapi itu dulu lah. sekarang, aku suka melihat lelaki memakai kereta honda. kamu bisa memilikinya tak? ok, bukan honda prelude seperti yang itu, mahu yang lain, yang punya aircond. bisa? kalau tak bisa tak mengapa, itu hanya bonus, yang penting hati itu. hati honda! uuuuuuuuw~


ps : to my november girls, iylia amira n farah hanan, happy 14th birthday.

Nov 1, 2009

the count of monte cristo

greetings! (euw, so monte cristo!)

ok, baru lepas habis menonton the count of monte cristo secara PENUH! heh. since aku tak pernah baca buku dia lagi, tak boleh nak komen lebih lah but i believe the movie is good sebab albert sangat panas dan pedas. ok, hot and spicy. hoh.

1. the part when the "dumbledore" n edmond kejar tikus was so comel. =.=
2. chief : we should call him 'zataara'.
zataara/edmond : sounds fierce for me.
chief : it means driftwood. lol
3. the cave where they found the treasure sangat wow. patut lihat. :D
4. edmond sangat bomb! sila suka dia. hoh.

********

selamat hari lahir buat noor baizura jalaludin. bff! :)

********

baca kosmo tadi. ulas pelakon dari indon tentang porn movie(lbh kurg ginila die ckp) "aku lihat porn tetapi bukan addicted. tapi, kalau lihat porn, usah lihat pemainnya, layan movienya aja" hahahah. kiut pulak jawab begitu ya. heh.

ps : mood nak study senipis kulit bawang. broadband, sila buat hal.

Oct 31, 2009

esok exam yay

pilih mana comel. kalau pilih dua dari kanan, tunggu kat letter box masing2 at 5am. hadiah menanti~

rasa ingin menulis tapi tiada idea. esok ada paper tapi masih sibuk duk blogging. anak dara manis sapa la yang berperangai baik ini ya? (nama ayah i rosli.harap maklum)




*khas buat entry ini, sila jangan komen(malas nak disable komen) apatah lagi nak beromen kat sini ala2 otromen betina dan aksen kamen jantan sambil makan ramen(nyum3). nahi2! p blog lain!

Oct 29, 2009

nak study lah weh!

buat julung julung kalinye aku meng-update blog di library UTM. hehe. datang untuk study, bukan blogging lah! tapi, ini tandanya aku sudah kesejukan gilak maka dengan itu jari jari perlu melakukan sedikit exercise bagi mengeluarkan haba yang tak seberapa itu. yeah.

aku di takdirkan duduk bersebelahan dengan jejaka yang tak berapa kachak. mungkin rezeki aku kurang baik hari ini. haha. tapi takpe, datang nak study bukan menggatal la weh! ok, seminit dua apa salahnya. kan. kan. iya. ok berbalik kepada jejaka yang kurang kachak tadi, aku lihat dia pantas bangun selepas azan habis berkumandang. (cewah, ayat!). sejuk hati aku. kurang kachak pada rupa takpe, biar hati dikau kachak ya bang! itu yang aku suka. heh. ok, sekarang aku menunggu kehadiran jejaka yang kurang kachak itu pulang selepas solat zuhur. nak tangkap bau air wuduk. hoh.


ps : movies@psz ni kacau betullah! aku datang nak study, bukan nak tgk movie, p tayang cte best kenapa??????
pss : satu dua tiga empat hari ini emosi agak kurang stabil, haih. bendera jepun nak naik la tu. kamu, maaf!

movies@psz=movie yg ditayangkan kat library utm. leh tgk free. tp popcorn bawak sendiri lah yek!

Oct 27, 2009

bodoh

"bodoh!" bang!!! what did u said? ouch, that was fucking harsh, man. feels excited tak when the one that u love called u bodoh? of cos u r kan? believe me. u r!

ps : thanks for saying that word instead of saying i love u. man, u r damn fucking sweet. seriously, u r! i wish id knew u since i was a-day-old. ahha!

pls put inverted comma anywhere that u would like to. thank you.


*fucking in this context means very. dont be fucking bangang to say that i was melucah here. buzz off!

ini benar benar buat awak.

*auto publish entry*

awak dan saya..
tiap malam. sampai ke pagi..
bercerita tentang keluarga, pelajaran, kehidupan..
sumpah sangat asyik ketika itu..
..
..
..
..
..
..
kadang2 apa yg kita sayang terpaksa kita lepaskan..


setahun setengah dah berlalu..
sayangnya awak sudah berpunya..
..
..
..
..
..
penyesalan yang tak sudah..
penyesalan yang bertimpa2..
penyesalan yang tak mungkin dapat di tukar ganti..
..
..
..
..
..

ps : awak, saya pernah sayang awak. awak tahu? :'(



* will be leaving for 2 weeks*

Oct 26, 2009

final

final exam bakal bermula, maka aktiviti mem-blog wajar di kurangkan. sehubungan dengan itu, aku nak ucapkan selamat berjaya untuk semua mahasiswas/mahasiswis yang akan bertarung dengan exam bertemankan kafein dan burger di malam harinya. :D


esok presentation final year project part 1. doakan la aku dapat present dengan mantap yek. amin.




ps : will be back next week. pai~

Oct 25, 2009

dengan kawan baik jugak

cinta itu kadangkala masam macam mangga jj taman u. tp masih nyum2. ;)

ape ye rasenye bila jatuh cinta? manis?
ape ye rasenye bila jatuh cinta dengan kawan baik(opposite sex) sendiri? masam? heh.

dengan kawan baik la kau selalu bergurau sendat sampai ketat gilak kerongkong nak gelak.

dengan kawan baik jugak la kau selalu luah masalah sampai kalau boleh nak gak p ketuk rumah die kul 3 4 5 6 pagi semata2 nak cari a shoulder to cry on. =.=

dengan kawan baik jugak la kau selalu gaduh2, masam2 muke pastu 2 3 mins later 2 2 sengeh-sengeh bajet same2 nampak gg sexy. euw, sangat comel. :D

dengan kawan baik jugak la bila poket dah tahap seluk kuar 1 sen "hey kau, bak balik spoloh hengget yg kau pinjam dulu". pastu die x nak bg sebab before tu dah kate halalkan. hoh, cheapskate rollerskate!

dengan kawan baik jugak la kau balas2 komen kat muka buku n suddenly kau tibe2 lupe nak pakai eye-mo maka terlebih emo n tibe2 ade msg kat inbox saying sorry-from kawan baik kau. ok, sgt comel kuasa dua di situ. (",)

tibe-tibe, dengan kawan baik kau jugak la kau jatuh hati, jatuh cinta, tahap jaw drops sekali bila die cakap die rindu kau, pastu bila baru lepas on fon ngn dia rase cam heaven gila n tdo pon peluk henfon. (kalau gune henfon la, kalau gune public fon xtahu la kau peluk ape)


ah, indah nye kalau bercinta dengan kawan baik. :D


ps : nasib baik kawan baik aku semua hemshem2 belaka, kalau tidak......"hoi kau, jom kahwin"
pss : aku minat laki x hemshem. yg sedap mate memandang cukup la. ;p heh.

Oct 23, 2009

jam

this entry is not exactly about jam. =.=

kalau ada jam baru, jam lama macam mana?
kalau jam lama lagi best, nak buang jam baru ke?
kadang2 jam baru dari luar nampak best, lawa, menarik..
bila dah pakai..mungkin tak lah best sangat..dan rasa tak sesuai..
so, perlu ke perbaiki jam lama?


oh, rindu "jam" lama. (jam = "jam" = "--" harap maklum)


ps : kalau korg rase aku tak comel, click la nuffnang ads aku yek? :D oh, jasa korg ku kenang sampai esok. yeay.



yang benar,
ayuna.
muahahahahah

Oct 21, 2009

names

aku bergelumang dengan rindu. sumpah. sadly U r not going to know @ u wont read this. :'( ....wth dayana? buzz off guys!tapi bace la dulu entri ni sampai habis. ;p


* * * * * *
" diana, please spell me giraffe " tadika inggeris mmg terkehel lidah nak sebut ikut slanga david beckham.

" dayana amira binti rosli, semalam solat cukup 5 waktu tak?" sekolah agama mmg kaw2 fullname die sebut.

" dayana, dah besar nanti kamu nak jadi apa? " time SRK i sorg je name dayana so takkan nak sebut sampai fullname kan?

" nana, belajar rajin-rajin jangan lupa solat. " ayah mmg suke pgl i manje2. ;p

" dada, malam ni urah tidur dengan dada tau. study same2 skali ok? :) " zaman kat maktab. rindu giler kot kat urah!

" dianne, kau nak aku download cerita air force one je ke? " tapaham aku kenapa dia pgl aku dianne. nak suh aku pgl kau sheeryzay ke?

" mira, dah siap homework? pinjam pinjam. nak copy. " serious i miss the old days. crying like a baby od. sob3.

" D, i nak link you! " di invent oleh syaz sbb pemalas kot nak type name aku. atlast terbiasa suda. yeay~

" yana, abang nak tanya, yana dah ade balak? " yew, pandai ye ngorat aku gune name yang tapenah org lain gune. hoh.

" ayuna, rindu lah. " ok, sesi muntah beramai2. jom.



whatever nick korg nak panggil aku, aku tak kisah. sebab, aku tetap aku. tapi, jangan lah panggil aku joyah, senah, timah, peah pulak! hoh.


ps : ayuna nak masuk tido. *puke!