Dec 31, 2009

azam 2010

azam 2010 dayana adalah

1. nak graduate dengan jisim 55kg.

2. nak laksanakan azam di atas.


sekian.

Dec 28, 2009

buat kekasih tersayang

hari ni saya bangun pagi pagi semangat gila nak dating dengan awak. dahla tak jumpa dekat dua bulan. serius saya rindu awak. walaupun sebenarnya dalam hati memang dup dap dup dap gemuruh saya pada awak. masa hari jumaat lepas awak SMS saya cakap nak jumpa isnin ni pukul 10 pagi kat tempat biasa. so, malam tadi saya iron baju cantik saya, dengan tudung lip lap lip lap saya supaya awak dapat tatap saya puas puas so awak takkan nak rindu rindu saya selalu maka mintak nak dating dengan saya tiap tiap minggu. awak pun tahu ni final year saya kan, takkan la awak nak selalu ajak saya dating kan? maka, dah siap comel comel semua, saya pun terus ke tempat dating biasa kita. saya keluar pukul 8.45 am tahu tak? padahal nak dating pukul 10 am. takpelah, demi awak juga, nak prepare apa yang patut dulu sebelum tatap muka awak yang comel itu. tepat pukul 10, hati saya dah nervous gila bak kata baizura "butterfly in stomach" punya tahap dah. tengok tengok dah pukul 10.30 pagi tapi awak tak muncul muncul. sedih saya sebab dah tunggu awak lama bukan main. rindu bersarat sikitpun awak tak fikir kan saya, kan? saya nak SMS awak tapi dek marah yang menggunung, saya malas lah kan.

hey mr shia, bila nak ajak saya dating lagi ni????? project awak suruh saya buat ni dah la tedious gila sampai saya rasa nak sepak sepak kompos tu kasi betul betul matured lalu menyumbat ia secepatnya ke dalam polybags supaya awak puas hati. janji nak datang tapi tak datang kenapa? nasib baik kaki saya gemuk kalau tak memang next week saya dah hayun kasi awak rasa free free tanpa segan silu dan lain kali boleh minta lagi!

ps : MARA, poket i dah kering kontang. harap maklum.

Dec 26, 2009

update semalam - menonton avatar. benar kata orang orang, movie ini best dan penutup yang baik untuk 2009. tetapi, menonton avatar membuatkan saya benci manusia dan kasihkan navi. ah.

anak jiran sebelah rumah kahwin. aku tak pernah tengok dia(jejaka yang kahwin itu) walaupun dia duduk sebelah rumahku. melalui adik, katanya lelaki itu agak kacak dan wifey nya biasa biasa aje. ku bilang pada adik, khabarkan pada si lelaki : ceraikan sahaja si wanita dan tunggu aku pulang. ha ha. gelak sudah adikku walhal aku serius. ah, siapa yang tak nak jejaka yang agak kacak bukan? (terlalu kacak aku tidak mahu!)

karok sebelas lagu menyebabkan saya rasa energetic. phew.

ps : awak letak talipon macam nak mintak penampar dari saya.

Dec 24, 2009

SKB's wajib tayang

from left : The CEO, Bob The HR Manager, Shafique The Director, Shelah The Production Executive, Mira The (lupa), Baizura The Graphic Designer.

hello. i am Dayana, the chief executive officer of wajib tayang production. first of all, just to share with you all that the wajib tayang's name were chosen by us because of we were hoping that all of our products will be "wajib tayang". well, as CEO of the company, i have a very high expectation that this company will run successfully after setting a good culture - treating each other with respect. thank you.

- script : English for workplace communication. -

rezeki tangan bila cabut undi dapat jadi CEO. mudah2an rezeki badan suatu hari nanti betul2 dapat CEO. heh. amin! :P rasa macam pelik je speech aku untuk next tuesday ni. haih.

ps : abang, happy birthday yang ke 23! semoga kurus. he he

nostrils

" u have such a big nose-hole "
" hello, nostrils! "
" a ah, lupa. u have such a big nostrils "
" biase lah, i selalu korek guna ibu jari kaki "
" yucks. disgusting! dalam blog u pun selalu cakap pasal bende kotor. "
" biar lah dari u, tak de blog. ha ha "
" whatever. lubang hidung besar! korek guna sudu lah tu. "
" how u know? intai i selalu? ha ha. "
" double yucks "
" pbbbbt. jealousy! "
" hish. cant u just keep ur fluids away from me? "
" ha ha ha. bengang la tu! "


ps : im loving it. xD

Dec 22, 2009

Bila (part 1)

-biarlah kalau i suka berkhayal pun, i bukan guna otak you pun. sibuk! pbbbt.-

attn : the first four are real while the others are not - so far.

I just like it when the comel face of you tengah fikir camne nak solve problem tentang assignment/project you. And when you did asked me if I can suggest anything and sadly I cant, you just buat muka comel and senyum to me. Seriously I just cant actually describe how crazy I am sekarang sengeh sengeh bila fikirkan that comel face of you. Sekarang tidak lagi.

I just can’t help it when the-not-so-soft-left hand of yours was holding my right hand while driving. I know it is against the law but I just feel by doing that, u actually needed me to be by your side and I do appreciate it. Sekarang tidak lagi.

I selalu monyok bila you paksa I makan sayur sedangkan you tahu I tak boleh makan sayur. Then you akan ajak I pergi ashraf/azah/mart and beli kan I juice. Comel. Tak pun, you lalu Pulai then ada orang jual buah tepi jalan you berhenti and belikan I buah pastu suruh I makan banyak banyak suruh I gemuk sebab you cakap I gemuk = comel. ha ha. Padahal nak imbangkan balik nutrisi sebab I tak makan sayur. Apadaa. Sekarang tidak lagi.

I just feel so malu but happy at the same time (ngada oh!) when you hulur that different not so soft left hand of yours so that I could salam you. Then I cakap, “tak nak sebab kakak cakap nanti bila cium tangan suami sendiri tak feel dah”. Ha ha. And you just senyum and say ok! Then buat I rasa macam nak pelok pelok you kuat kuat tapi sadly tak boleh. He he. Mungkin akan lagi.

I suka sangat suka amat bila you asked me “what do you like to have?” and when I cakap I have no idea then you tiba tiba tanya perut I “what my baby like to have?” ha ha ha. Tipu tipu. Baby fat perhaps? ;p when I cakap I have no idea then you cakap “its ok, hari ni kita makan bla bla bla” sambil buat muka comel itu lagi. Ah. Satu hari nanti.

I happy even bila I gaduh dengan ayah I, malam tu you stay up with me just to listen to bebelan I + I was crying like a 3 yo little girl. Then you cakap “jangan nangis nanti cepat tua, tapi takpe nanti kita tua same2, I pun tetap sayang u”. Then I cakap, “Ok my heart melter, enuff, jom tido, I dah ok.” Ha ha. Satu hari nanti.

bersambung......

selit-ngan

bro's tummy, say hi to bloggers! heh.


ps : i just feel so bengong because telah fikirkan pasal kecewa terhadap you sepanjang hari and i end up with tak wish my mom earlier for her birthday! (how come my ex wish my mum pulak??ah!! benci!) i know that was a big mistake from me and i tak salahkan you sebab i am the one yang fikir pasal you, bukan you yang ngada ngada nak masuk dalam otak i. saya kecewa dengan diri saya. ah!

pss : i am so sorry with my words to u yesterday. dad, i love u so much and i hope things will get better soon.


you = specific to you. you, u = orang yang tidak specific.

Dec 20, 2009

kamu

bioneer 2009. it was a so so dinner. oh, i suka para para lelaki metroseksual itu menari tarian makhluk tuhan paling seksi. anda anda nampak sangat seksa. tahniah, i gembira tang itu. later upload kalau ada kesempatan.

YB Udeen n his wifey, Baishatul. (purple) with Kroll the son and Min the daughter.

Kroll and i.

The skinny Emma, the not skinny Shibah and i.

The anak mami Shelah n i.

******

kamu,
kalau aku bosan kamu bisa hiburkan aku?

kamu,
kalau aku sedih kamu bisa pujuk aku?

kamu,
kalau aku penat bisa kamu urut aku? heh

kamu,
kalau aku wanita biasa, kamu akan suka pada aku?

kamu,
mahu jadi kamu aku?

ps : badan penat, kaki penat, otak penat.

Dec 13, 2009

roommates

oh, hai blog! heh. rasa macam dah berkurun pula aku tak meng-update blog dek ketandusan idea. tak pun, terkena jangkitan penyakit ramai bloggers yang macam dah takde semangat nak ber-blog. ah, biarlah, asal depa bahagia.

malam tadi sebelum tidur, mencurah-curah idea datang tapi malas nak on laptop. sekarang wifi utm tengah laju tak hengat, idea macam kura-kura je lembabnye, yang macam kayu tenggelam timbul pun ada, dan macam kentut yang malu-malu nak keluar pun ada. heh.

btw, semalam dapat rommate baru, so post kali ni nak cerita serba sedikit tentang 'tupperware' roommate aku.

2004-2005 : masa kat mjsc terendak ni, selama 2 tahun aku dengan farah diana. dia suruh panggil dia tikus, tapi atas dasar hormat, aku panggil dia farah. he he. orangnye kecil hitam manis. pangalaman yang paling aku tak boleh lupa tentang farah ni is tiap tiap malam aku akan ajak dia tidur dengan aku. ha ha. nasib baik lah dia kecik so katil tu 60% milik aku. ha ha. oh, tiba-tiba aku rindu masakan sambal ikan bilis ibu farah. T_T

2006 (jan-may) : masa ni first time aku jejak kaki ke U. dapat roommate sarawakian. dayang norkhairunnisa! benda yang paling tak boleh lupa masa dengan dayang ni is time tu study week. kami 2 stay up sama sama. tiba2 ada bau pandan n aku tanya lah :
awak ada makan kek pandan ke?
haish, jangan tegur lah!
hah? kenapa tak boleh tegur?
......(dayang diam)
dua tiga detik kemudian secara spontan kami lari ke pintu. terus kua ke bilik sebelah. takut! (sebab orang bilang malam2 kalau berbau sesuatu jangan tegur) ha ha. rindu dayang!

july 2006-may 2007 : first year di UTM aku dapat teman sebilik yang lain course. asmahani namanya. paling best tentang dia is dia selalu kejut aku subuh. ah, baik sungguh. tak payah cerita banyak pasal dia sebab sudah ada di entry 'perempuan-perempuan saya'.

july 2007-may 2008 : buat pertama kali, aku dapat teman sebilik yang lebih tua dari ku. afifah. aku panggil kak fifa. bak kata bai, "weh, roommate kau hot" . ehem. ye ke? ah, tak nak cakap lebih la. tak rindu dia pun. ha ha *tiba2 rindu roommate bai*

july 2008-august 2008 : roommate ku juliya. serius dia sangat baik dan comel. tiap malam sebelum tidur kami cerita pasal pengalaman masing2. dahla, sebulan je, tak payah nak cerita banyak. ps : dia sangat comel. sangat.

august 2008-may 2009 : sekali lagi, aku dapat rommate yang lebih tua. nazihah namaya. oh, berkahwin sudah kak ah rupanya. tapi perangai tak macam bini orang. duk melawak je keje. pastu pengalaman kahwin pun kak ah banyak story dengan aku. ah, masa tu memang rasa nak ada suami. erk.
kak ah and me

july 2009-nov 2009 : norziha nama diberi teman sebilik aku kali ni. shela panggil dia orang bunian. sebab? biarlah rahsia. dia dah ada bf dan dia sangat sayang kat bf dia. selalu dia buat breakfast tuk bf dia. ah, nak kahwin kuasa dua! XD

dec 09-entah : siti wahyu. manis. cantik. putih. mata brown. lawa. kak, belanja i. noktah pasal anda.



ps - rasa macam nak:
- mencium bau bumi yang basah selepas kilat
-seseorang mendendang kan aku lagu barney

pss - roommate aku kat rumah perlu cerita tak?? ibuk! rindu.....~

Dec 9, 2009

bila bercinta dengan si F

pengakuan kali ini, tentang i dengan F i. cukup2 lah berahsia. F, i sayang u. *_^
i ingat lagi, dulu i dengan fakrul selalu main polis entri sama sama masa kecil. bila mail gemuk tolak i sampai i jatuh tersembam, fakrul lah yang jadi hero i. dia pujuk i, lepas tu dia jugak yang buat mail gemuk lari ketakutan.

i ingat lagi, fakrul hadiahkan i rantai berbentuk hati - rantai pusaka. sumpah i rasa i tak layak nak dapat rantai tu tapi fakrul yakin kan i yang rantai tu memang untuk i. sangat terharu i waktu tu. menangis berdandut i. heh.


i ingat lagi, masa tu i pakai dress merah nak ke majlis sahabat fakrul, taufik kot namanya. dress tu nampak leher jinjang i, jujurnya, memang agak sexy. i tahu, fakrul dah stim habis tapi sebab tu fakrul tegur, katanya 'tak sesuai'. heh. tapi biasalah i, degil. tak pasal, i di goda taufik si buaya mulut busuk. bertumbuk fakrul dengan si taufik tu.

i ingat lagi masa tu kami bertekak mulut, masing masing tak nak mengalah. tak pasal2, penampar sulung fakrul menjamah pipi gebusss i. heh. dan lepas tu, dekat seminggu dua jugak lah kami bermasam muka. takpe fakrul, i dah maafkan u sebab i tahu u tak sengaja.

i ingat lagi, setiap kali fakrul datang jumpa i kat U, pasti dia akan bagi i sekeping nota kecil. kata2 semangat. tapi ada sekali tu, 2 minggu dia tak show up sebab dia marah i berkawan dengan airil, tak keruan i di buatnya. dahla time tu exam week!

i ingat lagi, masa tu i stay up sampai pagi, lepas tu fakrul sediakan i vitamin. dia tunggu sampai i telan habis baru dia balik. lepas tu dia buat muka comel senyum2 goda2 i. nasib baik iman i kuat. heh.

i ingat lagi, time tu lampu dapur rosak. i kat rumah dia, dapur. tiba2 rasa macam ada orang peluk i dari belakang. menyirap i tapi macam best pula. ha ha. kemudian, suara ibu fakrul datang dari pintu. terkejut fakrul sebab di sangkanya aku ni ibunya. ah fakrul, nak lagi. nak lagi. hoh.

mungkin ramai yang ingat i tipu tentang fakrul ni tapi semua ni tak bohong. i sayang fakrul sejak kecil lagi sebenarnya. banyak lagi i nak share tentang i dengan fakrul. tapi fakrul cakap, sudah2 lah sebab yang dalam kelambu pun takkan nak cerita kot. hoh. even sekarang fakrul lumpuh, i akan sayangkan fakrul jugak.



ah, aku dah bilang jangan bagi aku baca novel. kan dah ter'jadi' watak utama. haih, menghayati betul lah! oh my fakrul...dalam mimpi!

ps : ingat, jangan bila kamu sudah bisa berdiri, kamu ingat bintang sudah boleh kamu capai. kamu silap sebab kamu tak berusaha lebih. jangan salahkan aku jika kamu kembali tertiarap.

Dec 8, 2009

cina versus melayu

cina ingat dia bagus. pijak orang melayu.

orang melayu tak hormat orang cina. cina kena kerja keras baru boleh berjaya.

orang cina makan babi. pengotor. berak tak basuh.

melayu bodoh. belajar tak pandai pun boleh masuk U.


- gadoh(2009).

kalau nak suruh aku buat review, mungkin review aku tak sehebat fiffymafia. maka, sila tonton sendiri dan fikir dari pandangan awak sebagai cina dan awak sebagai melayu. benar atau tidak - ada akal bukan? cuma, in short, zahiril adzim sangat comel. maka, sila lah sila lah tonton. heh.

****
aku sudah expert masak sambal tempe garing. oh, syazreen, sila drools banyak banyak sambil membayangkan masakan sedap saya yang konon2 awak bilang bisa kesakitan perut sekiranya melantaknya. hoh. lampiran gambar masakan masakan aku akan di post kemudian. sila tunggu dengan penuh ghairah. heh.

ps : masih dalam proses meng'expert'kan diri mentanak nasi tanpa terlebih atau terkurang air. heh.

Dec 4, 2009

ibu zaman sekarang

tadi aku ke pasar malam. sedang aku menunggu baizura membeli nasi goreng zaini, aku terdengar seorang budak kecil bertanya pada ibunya ;

mama, air warna hijau tu air apa?
mana ada air warna hijau
tu, pakcik tu tulis kathira. kathira tu apa?
entah, mana mama tahu. esok pi tanya cikgu kat sekolah.

sepuluh tahun akan datang, tatkala aku sudah berkeluarga, aku pasti akan ke pasar malam bersama suami dan anak anak. heh. dan jika anak aku bertanya

ibu, air warna hijau tu air apa?
yang mana satu sayang?
tu, pakcik tu tulis kathira. kathira tu apa?
ibu pun tak pasti, balik nanti ibu 'usyar' kamus. ok sayang?

haaa. tak ke molek jawab gitu kalau tak tahu. ^_^. ya, aku pasti akan menjadi ibu yang baik kepada bakal anak anakku nanti. heh.

ps : kenapa lately bila pakai jeans rasa jeans tu mengecil? haih.

Dec 2, 2009

perempuan perempuan saya

girls night's out. jangan persoal dimana dan bila. sila scroll down dengan khusyuk dan tawaduk.

asmahani, syamira, saya self, baishatul, syazreen. jangan risau dengan ke-dark-an gambar ini. sebab motif nya adalah untuk menunjukkan tar jalan. means, we were just happened to be 'up' there.

baju kotak kotak ini asmahani. ramai panggil beliau semah. ah, rock kapak bukan? tidur ketika makan memang sudah menjadi salah satu kebiasaan beliau. beliau merupakan seorang yang bijak pandai walaupun masih memakai braces (ok, memang tiada kaitan-sila abaikan). beliau sangat tinggi, berkaki zirafah dan bakal menjadi model pelantar. oh, yang paling penting, kami suka bilik beliau : our cinema, our party spot, our gossiping port. bakal pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan petroleum ini juga mempunyai seorang teman jejaka yang hitam manis serta mempunyai honda. ok, jeles sudah. tamat pasal beliau.

perhatikan si baju merah jambu ke-peach peach-an. ya, nama beliau baishatul. panggil saja bai/bye. beliau seorang yang sangat genius-mungkin dek baka seorang ibu yang bergelar guru. beliau perasan beliau tinggi dari sang penulis malangnya beliau cuma berada di paras telinga sang penulis. ha ha ha. ah, mungkin itu sahaja kelebihan sang penulis berbanding beliau. sadis pula. beliau mempunyai seorang gula gula hati tinggi lampai yang sedang melanjutkan pelajarannya nun di US. dan, beliau merupakan pembuat kek coklat terhandal di pantai remis. pantai remis itu celah mana? sila jumpa abang google atau tok yahoo.

perhatikan si tudung coklat. nama beliau adalah syamira. panggil mira. beliau merupakan seorang yang sangat comel apabila beliau berlari lari ke arah sang penulis lalu merengek rengek dan menyuruh sang penulis memakaikan beliau tudung. ha ha ha. beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang psychopath killer setelah beliau khatam membaca buku karangan max ryan. fortunately, desakan seorang profiler yang baik hati iaitu sang penulis membuatkan beliau bakal merubah profesion : bioprocess engineer. heh. oh, gadis ini sudah bertunang. jejaka jejaka di luar, main jauh jauh. dont let he bites you!

sila tenung wanita manis berbaju coklat. nama seindah rupa - syazreen. nick beliau adalah syaz namun untuk sesi menggedik, boleh panggil beliau reen. beliau mempunyai satu tabiat : menjalinkan hubungan teman tapi mesra dengan rakan satu maktab. beliau suka mencari a needle in needles. ah, a particular needle. means, beliau seorang yang rajin sehingga beliau dapat biasiswa petronas. oh, kami yang lain pemegang loan sahaja. yang amat pasti, beliau merupakan yang paling baik antara kami sebab beliau pernah berkata : "y dont we hang out with the gadis melayu theme?" ha ha ha. i should dare her.

spin the tables! its time to eat.

sila pandang sekilas gadis si tengah. nama diberi dayana. panggil je ikut ibu beliau bagi nama, dayana. beliau, comel. ha ha ha. mahu puke ramai ramai atau tidak? heh.



saya ada dia. tapi dia tiada honda, dia tidak study di US juga. malah, dia masih belum pun menjadi tunang saya. maka, kenapa saya suka dia? eh eh, suka hati saya lah!

ps : aku sedang menguji tahap keberkesanan sabun mandian bayi HALOS n HORNS. farrer, goodder. hoh.