Nov 11, 2010

Trend ke?

Hi.
Nama I Alexandria Nur Iman. Sedap tak nama I? Umur I baru 10 tahun. Nama bonda I Nur Fadilah. Nama nenda I Rugayah.


50 tahun akan datang...


Yo!
Nama I @#$%^&*&^%$#@#$%^&. :). Nama Bonda I %^&**&%$%^&*. [mana boleh nama bonda lebih panjang dari nama I kan]. Nama nenda I Alexandria Nur Iman. Wah gitu. Kelasss!





Ommak, kena bagi nama anak lebih panjang dari nama aku ke? Ceh. bagi nama anak Nisa, Syukri, Sarah, Karim. kan mudah. Ngeh.

ps : Trend lah sanhngatttttttt!

Oct 12, 2010

Open House 2010

Thanks to unties, uncles, friends dan neighbours yang datang dan mengimarahkan majlis. Sedap tak masakan kita? He he

Pekerja belakang tabir. he he

Heeda, Abang, and Me.

Abang showing Heeda the Sinkong's video. He he

Cute Lil Zara n Zarif.

Chelin, the girlfie, kawan chelin and baby.

Liya and friends.

Sweet Farhah and me. :)

ps : Thanks to anis, lala, nani and farhah. Yang tak dapat datang tu xpela, last minute inform pun kan. sorry guys. tahun depan datang ya. :)

Oct 9, 2010

ikhlas

Kita ikhlas sayang dia tapi dah kalau tak da jodoh nak buat macam mana.



Ikhlas,
Anak rosli

Oct 6, 2010

Hari Graduasi

Hi hi bye bye.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yeay. Dah graduate! Tengok gambar je lah, malas nak cakap panjang2. Tengok dan diam aje. Tak perlu komen. Ya, saya dah gemuk. Diam. Kekal diam. Terima kasih.


Si sengeh di tengah tengah lautan.

si senteng dan si topi senget

masih sahabat sehingga kini.



ps : Pergi UTHM isnin lalu. baju dah cukup bersopan dah tapi semua duk pakat tengok tengok macam kita ni makhluk asing. Ke kita cun sangat? ha ha ha

Sep 17, 2010

Raya

Selamat Hari Raya to all. I was having a great 1st syawal with my family. And still have the raya spirit. Wishing others to have a great raya juga even its 10 Syawal already. Yo, raya sebulan kot! He he. A picture is worth one thousand words kan? Nah 5 gambar pada satu syawal! Ungkaikan la 5000 words! Ha ha


Abang. Me. Liya. Kereta persona sapa tah.

Mama and I.

Ayah. Me. Liya. Puyi. Pokok bunga plastik.

My beloved abah and me.

Cute Little Farisha and 'cute me'. Ha ha


Omak, baru 28 words! Sila tambah lagi 4972 words lagi ya! He he.


ps : Ampun dan Maaf jika saya (wah, saya tau!) ada terkasar bahasa secara sengaja mahupun tidak. Selamat Hari Raya! :)

Sep 5, 2010

Ketika dulu ketika sekarang

Dulu, tengah duit banyak..
Baju semua masuk mesin basuh..
Sekarang, duit takde..
Baju semua basuh sendiri..

Dulu, tengah duit banyak..
Malam je turun mini mart beli vitagen..
Sekarang, duit takde..
Malam minum air vico, buat sendiri!

Dulu, tengah duit banyak..
Pergi dan balik lab naik taxi..
Sekarang, duit takde..
Pergi lab naik bus, balik tumpang senior balik T_T

Dulu, tengah duit banyak..
Bosan bosan pergi Jusco..
Sekarang, duit takde..
Bosan bosan tido.

Nak dulu...! Cepatlah elaun masuk! Wahai!

ps : Sunyinya blok!! T_T

Sep 1, 2010

Negeri dan Isinya

Some people say..

" Orang Melaka ni memang kurang ajar sikit. La habau kau kerbau. "

" Laki kelantan ni selalu nak jugak cari perempuan kelantan. Kalau dah ada isteri bukan orang kelantan, last2 pasti isteri tu akan bermadu. "

" Orang terengganu ni kedekut. Makan pun nak berkira. "

" Orang Johor ni bawak kereta berani mati a.k.a tak berhemah. "

Betul ke? Aku sebagai orang yang bukan asal Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka mungkin tak terasa sangat lah. Tapi yang lahir kat negeri terlibat tu, apa perasaan korang? Jujurnya, benda ni adalah persepsi individu eventhough tak pernah keluar statistik yang mengatakan pasal benda ni. Mungkin dari pengalaman dan cerita cerita orang yang membuatkan akhirnya konklusi setiap negeri tu berperangai sebegitu. Kira macam sebabkan nila tu la rosak susu sebelanga. Kan? Bukan pasal 4 negeri ni aje, ade jugak orang bercakap tentang negeri itu dan ini. 4 kat atas tu cuma contoh yang aku pernah dengar la. Aku rasa benda ni simple, jangan cakap pasal negeri orang kalau kau tak nak orang cakap pasal negeri kau. Bila cakap pasal negeri kau, kau tahu nak emo tapi kau duduk bercerita itu ini pasal orang negeri lain. Diam diam sudah. Sejak bila pulak satu manusia tu jadi satu nila lepas tu nak lelehkan air liur dengan air hidung sampai satu negeri terjangkit dengan perangai manusia tu? Fuh.


ps : Orang Selangor perangai macam mana agak nya ya? Santek santek somel somel? He he

Aug 26, 2010

Aku masih di UTM

Aku masih di UTM. Gembira atau sedih?


Pejam celik pejam celik, dah lebih sebulan aku ada kat UTM. (Masuk 15 August) Dan genap sebulan dah aku jadi pelajar Sarjana. Dan dalam masa sebulan jugak, insyaAllah aku dan rakan2 akan ditauliahkan dengan Sarjana Muda. Rasa macam singkat je perjalanan hidup aku ni tapi alhamdulillah, semua masih berjalan dengan lancar. He he.

Nak bercerita tentang master ni tak banyak sangat la. Cuma, hari2 kena masuk lab : 8am hingga 5pm. Wajib datang even takde experiment kene buat. Duduk je la baca journal tak pun melagha cari blog gosip atau tengok video artist korea. Balik2 memang dah letih dan akan masuk tido awal. Sungguh letih. Tapi benda ni pun dah tak boleh nak berpatah balik so aku akan enjoy masters ni selagi boleh. He he. Nasib baik Kimi dan Pei Ying ada, tak lah bosan sangat. ^.^


ps : Buat kawan2 yang dah kerja tu, selamat meneruskan kerja korang. Yang belum kerja tu, mai la ramai2 amik master. Ha ha.
pps : UTM dah jadi Research University. Tahniah! Semoga postgrad student (mainly research, yang mana diri aku pun ter-included) from UTM akan lebih berkualitas!

I'm back!

Salam and Hi to all. Wawawa, lama gila tak active mem-blog and suddenly rasa nak back to blog! Sumpah tak tahu apa kena tiba2 macam ter-drive nak start blogging balik padahal dulu ye2 buat "akujanji" tak nak post pape lagi kat blog. Ha ha. So, at the first start after lama dah menyepi, just wanna say Hi to all and hopefully akan merajinkan diri menulis lagi! Yeah. :D



ps : Seronok tengok cerita 8 bulan from tv3. Theme song dia pun sangat sempoi. KIta sukak!

May 11, 2010

biane

jauhnya drive..alamak salah jalan..kena patah balik..its ok..tetap akan sampai ke tempat tujuan..even lambat..



ps : its hard to pleasure the one that u love. oppa, biane. :(

May 10, 2010

Tagged by Miss Nadia and Mimi

Tagged by Miss Nadia. :)

**********************************************

3 names in your inbox - Bulan cool - EASYRELOAD - Heeda Your Ringtone - Lovable by "Kook Jong".. What you did at twelve last night? - online.. Who was the last person you hangout with? Where? - Syawa, Shelah, Mimi, Ain.. Pyramid.. The colour of the t-shirt you're wearing now. - Blue.. The last thing you did. - Thinking.. 3 of your everyday favourite items. - TV - Freezer..ha ha - Bed! The colour of your bedroom. - Pink. How much money in your purse right now? - Few RM, few Rp, few SGD, few yen. (still countable actually :P) How's life? - great, :) Your favourite songs? - Im into oldies songs but as for now, i keep listening to FT island's - lovesick and after love.. and few of indons songs. What will you do next? - Texting, then snoozing off. :) When was the last time you saw your mom? - 5 hours ago.
Where is she now? - On bed. Who is the last that talk to you last night? - Intan Mysara..-cousin. Where did you have dinner last night? - Sari Ratu, Subang. The last surprise you got. - Big Bro dah ada new girlgirl. Im happy for you, abang! :) Describe the person who's giving you this tag in 7 sentence complete with true statement, and bold with different colour each. 1. Miss Nadia! She's beautiful. Serious, im not lying. (even her bf ckp dia tak lawa.ha ha ;p) 2. Dia pasti suka sama Adamaya! Kan? :P 3. Tengok dari layout blog dia, i can tell that she's sweet. :) 4. Perasan blog dia dah lama tapi baru berjinak2 tegur dia. he he 5. Mr boyfie of her named amir. 6. She was on my chatbox! he he 7. She's in Kelantan, kot! ha ha Where did you know him/her? What date? -Blog. not sure when. Do you feel safety befriending with him/her? - Well, its hard to say. She's a new blogger friend afterall. Maybe yes. :) Last thing you borrowed from your friend? - Scissors. From Ina somel..Oh, rindu. Who is your bf/gf? - Bulan. What do you feel now? - Lonely. ha ha Who knows your secret? - Mostly Baizura and Kak Ah. :) They keep your secret? - I believe so. :) Are you angry with someone? - Yes, I am now. What do you order at MCD? - Depend on what I feel like having to... The last time you feel sad? - Few minutes ago. Wanna share this survey with who..? - Anyone who loved to...sila.. :)
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tagged by Mimi Syamimi. :)
******************************************
wat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan korank

Buat mimi, thanks sebab tag aku so aku leh la nak update blog. ha ha. and thanks jugak sebab sudi berkarok dgn aku mingggu lepas. minggu depan PWTC jum! job hunting! he he

perasaan aku, gembira. ha ha



1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang
Nak tengok Family Outing ke nak tido...

2. Apakah nama samaran korang
D

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
famili, friends, bulan.

4. Panggilan untuk si dia
?

5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
A car from ayah maybe? he he

6. Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak
unlisted
7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda
sape nak jawab sila jawab ek.






ps : Mama dan Mak, Happy Mother's Day. I love you so much and cant wait to be a mama jugak nanti! ha ha.

May 8, 2010

Adamaya

Amani fever! She's on FB with 54K fans!!!! Phew. I do like amani and I do watch adamaya tapi sungguh tak minat langsung dgn watak maya. how come la watak dia sebodoh tu? having affair with other guy is one thing la, ni siap peluk pegang tangan bagai dating bawak anak sekali ape la hal nya? adeh, sangat tak minat langsung la. takut nanti perempuan2 kat luar sume amek remeh pasal 3rd party sebab assume yang sume laki macam adam yang sangat tolerant and macho. (erk.macho? related tak?) kesomelan amani tu memang tableh nak di sangkal2 lagi la. tapi sungguh tak suka dengan progress watak maya. pabboyah. tapi jugak kan..em.. sein, awak cute. nak pelok boleh? hoh.



*****


2 days ago...

Karok at Pyramid *.* (well, it lo0o0oked like zapin-ing, not karoking! ha ha) -i was snapping them-




ps : Hari Buruh dah lepas. Hari Bukan Buruh, bila ye? Aku nak sambut!

May 7, 2010

hari ini dalam sejarah

Oh, hari ini merupakan hari dalam sejarah dalam hidup aku. buat pertama kalinya aku masak kuih melayu! dan kebetulan jugak, kuih ni jugak la kuih pertama yang mama aku belajar dulu. kuih sagu melaka. :) kalau nak cakap cookies and lauk pauk, memanglah dah pernah belajar n masak banyak kali. tp ni first time masak kuih melayu ni, excited lebih la. kalau dulu, tengok bibik masak kuih cara, buah melaka, loyang dll. tapi hari ni, tangan somel ni jugak yang duk kacau sagu sampai masak. omo mama! anak mama dah leh kahwin. yeay!



ps : next week nak buat kuih over the sea pulak. trifle maybe? *wink*

May 5, 2010

Sorry

Tak rock la lelaki merajuk merajuk nih.


ps : You, sorry!


*makan steamed bread semalam. sangat yummmy~

May 1, 2010

Batery Laptop

At last jumpa jugak batery laptop yang 2 tahun main nyorok2 dengan aku. unfortunately, batery tu dah rosak dan asyik tunjuk 7% je even dah sejam charge..! ha ha. nak kena jemur ni!


ps : Duduk rumah dapat duit kan best. O yeah.

Apr 25, 2010

back to school

8 days ago, at this hour, I was making posters and scrapbook for SK Taman Universiti 4's students. w Baizura of cos...! It was very tiring since i just went back from dating (errr?) but still have to stay up till 4 oc.

THE DAY AFTER

7.30 am
Back to school.(i mean kembali ke zaman sekolah) yeay! :)

7.45 am
Reaching school, we(BJM's and I) straight away masuk kelas and prepare apa yg patut.

9.00 am
Budak2 skolah dah masuk ke exhibition booth kami. Sumpah teruja gila bila tengok budak2 comel comel dan comot comot belaka. Siap tudung senget benget bagai. Then ada jumpa budak darjah 6 ensem lepas tu siap suruh kirim salam dekat abang dia lagi. Sah sah kau gatal dayana. ha ha. Eventhough group aku tak dapat tunjuk yogurt yang kitorang buat sebab dah basi, rasuah kitorang tetap yang terbaik! ha ha.

-How to Produce Safe & Healthy Sour Yogurt-

:)


11.30 am
Panel pulak yang masuk. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

12 pm
Sesi makan free. Pihak sekolah bagi. Time kasut! :)

1 pm
Since this is the last day, semua pun pakat bersedih sebab masing2 nak berpisah. T.T



Apepun, exhibition biotechnology memang best. Again, sweet memoirs.





ps : Asyik memoirs je, lepas ni nak post pasal cintan cintun lah. errr. Boleh tak?

Apr 23, 2010

Kita bahagia bila ada rasa syukur

-Banafe 2010-


home sweet home! euw, its been a week aku dah kat rumah. damn heaven, but at the same time rindu giler dgn kawan2 kat UTM. rindu nak karok dgn budak FO, rindu nak shopping dengan baizura, rindu nak siram pokok petang petang and main dengan abdul rahman(anak lecturer), rindu nak lalu kolej orang lepas tu jerit kuat kuat dengan cla, rindu asam pedas ruby, rindu nak buat diskusi malam2 dengan groupmate design, rindu nak lepak2 kat bilik asma, oh, rindu semua! however, those memorable things tu aku akan keep sampai bila2 and one day aku akan cerita kat anak2 aku how great was my U life. ha ha. But still, ada kat rumah still sangat best since takde pape pressure, just makan, solat, tido, tgk TV, makan again, makan, and keep makan. ha ha. Nothing much to share, just a bla bla bla from me yg sgt rindu nak active update blog semula. InsyaAllah lepas ni makin rancak la meng-update. ini pun cuma warm up post aje. ha ha.



ps : Aku bahagia!

Apr 14, 2010

Untitled

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Craving for steamed bun kacang.



Apr 2, 2010

Tak suka lah

Tak suka kalau makanan akan lambat sampai tapi kakak McD tu tak nak beritahu awal awal and aku end up duduk tercangok sorang sorang dekat kaunter.

Tak suka kalau tengah beratur panjang kat La Boheme tu tapi kakak kat kaunter tu berlagak sopan ayu buat kerja macam bakal laki tengah duk usha.

Tak suka bila pak guard Giant tak kasi bawa masuk air yang tak sampai separuh pun minum.

Tak suka bila kakak kaunter Jaya Jusco mata rabun sampai tak nampak conveyor itu basah dek air daging/ayam customer sebelum tu.

Tak suka bila tengah azan Restoran Ruby duk pasang TV mengalahkan bunyi azan.



Hey, tak suka lah!



ps I : Budi Bahasa Budaya Kita. Hormatkan azan tuntutan Islam. *.*
ps II : To the one he love, recover soon so that i can hear the laughter from him again. please. ^^
ps III : Abbas, kita baru tahu awak seorang yang suwittttt. euuuw.

Mar 29, 2010

Happy Birthday


Happy 22nd Birthday to Udeen oppa and Baishatul unnie. Allah bless u. May years ahead will bring us a lot of happiness. Sarangheyo oppa and unnie! :)



Sarang,
Dayana shi

Mar 25, 2010

he he


i have one sister and one brother
and i'm a gemini
my blood type is A
i love movies but i rarely go to theater
and although it is nothing serious, im a bit talkative
but i can change if you want
and when i get married
i want four or five children
but of course i'll consult with my future husband
and i never changed my hairstyle since i've been born
but if he wants me to
i can change it a bit
.............
...........
........
......
....
...
..
.
you can change me if you want, or just better leave me as i am :)



ps : ada yang sudi tak? *sweetly giggles*

Mar 17, 2010

sakit rumah

Stash, gambar ini khas untuk kamu! ^^


''Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra''


ps : sedang "sakit rumah" :(

Mar 16, 2010

Geremmm

Tak sabar nak keluar dari UTM. benci bila tersermpak dengan seseorang yang kita tak nak pun terserempak dengan. Sungguh tak nak. Benci. Sakit hati. Geram. Loya. Puke.



ps : Document SIZING AND COSTING yang aku dah berjam jam edit tiba tiba hilang. Argh. Sengal punya words.


Mar 15, 2010

Im a juner!

tak boleh percaya 100%. boleh jatuh dosa. tapi gembira. suka. banyak betul. ha ha :P


*wink wink*


ps : DOMINATING PERSONALITY. ouch!

Mar 14, 2010

Family Outing


Friends are the sunshine of life. I love you guys. (udeen+stash)


ps : Because of you and because of sin, i am crying with pain.
Status : Dilamun cinta dengan jejaka korea.

Mar 11, 2010

TH

Jumpa jejaka hensem je tahi hidung buat hal. Haish! Kenapalah time itu juga nak jatuh? Baizura, thanks sebab inform. ha ha ha



ps : Design. Design. Design. Sepak jugak kang!
pss : Baizura, thanks for the necklace. ^^

Rindu Aiman

Rindu Aiman masa kecik2 bila bangun tengah malam dari tidur ajak turun bawah untuk tengok hindustan. Rindu nak basuh berak Aiman. Rindu tengok Aiman main dengan perut boyot abang. Rindu bila Aiman mandi tapi malu nak bukak baju. ^^ Aiman dah besar dan sombong dengan kak nana sekarang!! hoh.


ps : Interim presentation went not so well. T.T

to anonymous

someone (anonymous) did comment on my previous post. well, i am not talking about kawan there. i mean, not just kawan. if im not mistaken, (somebody told me before), there are 5 stages of friendship and sahabat is the highest one. means, tak boleh lawan la compared to kawan kan. so, take note! i am not just talking about kawan biasa here. lantak ah kalau kawan biasa nak buat benda yang aku tak suka. bukan bisnes aku yep.



ps : come on, i know who u r, no need to be anonymous la. ada blog buat cara ada blog. kecut? takut? hoh.

Mar 7, 2010

Sahabat

Persahabatan itu sangat indah. Lebih indah dari percintaan. Betul. Serius ini. Tapi sedih bila sahabat itu sendiri dah mencemarkan rasa hormat, mula pentingkan diri, rasa diri lebih dan sangat hebat, dan menganiaya sahabat yang lain. Explicitly, dan implicitly. Kejamban punya sahabat!

Oh ya, pelik bila punya sahabat baik, kamu sebenarnya 'takut' dengan nya. Apa sahabat hanya untuk teman enjoy semata? Apa sahabat hanya di kala untuk study? Apa sahabat hanya bila kamu punya masalah? Itu bukan sahabat, itu parasit!!


Sahabat.

Ini juga sahabat, bukan parasit.


ps : Rindu sahabat MJSC dan TTDI.

Mar 6, 2010

Update

Lebam mata semakin nyata, jisim pula kekal tetapi perut semakin somel, :P




ps : Rambut semakin lembut. yeay. berangan. :P
pss : you, sebulan dah! tahniah untuk kita. :)

Confuse

I dunno what is up with me lately. Things seem not ok. Rasa nak jerit kuat kuat. Farhah, betul cakap kau, berubah senang, nak kekal kan perubahan tu susah. Perlu kamu Farhah! Kenapa nak control marah sangat susah? Sangat sangat susah. Im living with it for almost 22 years. All of sudden kena buang or at least kurangkan. Farhah!!!!!!!!


ps : Kalau berak dapat buang marah kan best. hait.

Mar 4, 2010

Makan

Bercinta itu memang macam sambal belacan. Tiga kali 'makan' sambal belacan, berganda ganda jisim naik. Padahal sambal belacan boleh bakar kalori. Untuk aku, terbalik mungkin? Lepas ini nak makan makanan berkalori tinggi. Tiap kali diskusi nak beli keropok ikan pedas kelantan yang ada 500++ kcal. hah, nak you lari? nak mati? kena langgar lori? gila kau.

Order slaw tapi duk makan benda lain. ceh.

ps : Blogging untuk mengekspresi rasa hati bukan untuk pancing ramai peng-komen.

Pelik ke?

Pelik ke seorang bakal engineer(mungkin) itu selekeh?

Pelik ke seseorang yang involve dalam fashion pandai berfashion?

Pelikan! (sejenis rubber)

Ah, tiada yang pelik.



ps : I will stop here, delete you from the memory 'list' so that things about you wont keep bugging me. Empty the bin! Titik.

Resah

Kenapa bila orang yang kita _ _ _ _ _ _ itu pernah punya orang yang lebih baik (strongly believe) dari kita, kita mula rasa tergugat? Terdesak dengan perasaan. Benci dengan rasa ini.

Resah. Bingung. Allah, bantu.

Ps : Rindu rasa tenang. Mahu tenang kembali.

*ini bukan salah kamu baizura. he he*

Feb 22, 2010

syawal bukan muharam

menonton cyril magic minggu lalu. cyril ke malaysia dan pop shuvit menjemput cyril ke openhouse sempena raya. cyril bertanya. (something like this)

cyril what's with hari raya?
muslim man its just like a new year for muslim

hello! bukan awal muharam ni tapi syawal. kan kemenangan orang islam, bukan tahun baru. malu sungguh.

peace. not boyfie-less anymore. :)

ps : 10 weeks to go and i will be a postgrad student un-oficially. yeay. cant wait. ^^

Feb 18, 2010

key : respect

in a second, i started to miss the 'old days'. i started to hate who you are. and i started to lose faith in you. i am abstracting my family and friends now and onwards. yes, cinta itu memang abstrak. you, sorry.


ps : mak, nana rindu mak. nak peluk mak. nak cerita2 dengan mak. T.T

pss : update akan sependek ini mulai sekarang. boleh mula rindu dayana yang lama.

bosan

hari ini hari keenam sudah aku berada di shah alam. bosan. malam, setelah jam menginjak ke angka 2, baru aku terhegeh hegeh nak lelapkan mata. esok hari, bila sudah panas dan kedinginan aircond tak dapat nak kalahkan matahari terik di celah tingkap bilik, baru terhegeh nak bangun. belum tentu lagi mandi. bangun mencari makanan dahulu. oh, gigi digosok sudah. muka dicuci sudah. usai makan, aku ke peti sejuk mencari limau berbontot ke dalam. (kata tok saudara ku, limau berbontot ke dalam isinya manis. oh, bukan semua limau begitukah? ah, pelik.) 2 3 4 biji sudah di telan, bersedia mencari remote control. time untuk conquer TV. 701,133,712,411,412,413,105,103. ah, bosan sungguh tiada cerita best. tepat jam 5, masa untuk bermain dengan makdi dan makmin. sangat comel sebab dua2 ekor rabbit itu sangat gemok tembam serta montel. macam tuan mereka. ha ha. (abang aku, bukan aku). selepas bermain dan mandikan mereka, aku pula yang naik mandi. he he. hegeh kerna ayah bakal pulang. ^^ pukul 6.30 macam biasa makan malam then lepas maghrib terus malas nak turun. duduk bilik tengok TV (lagi!) , baca novel, on9 dan bergosipan bersama adik. ah, mula merindui diskusi 'plant design' di malam hari. T.T pukul 2 pagi, tidur.


ps : balik Klang semalam, tiada yang menegur saya makin gemuk. fuhhh. kelegaan! :D

Feb 17, 2010

'Hidup baru' : kata dia

Love is a strange feeling that can be one of the most amazing in all the world. If and only if love can be measured. ^^

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

(you masuk je la dalam pic tu sorang2. i malu. sipi sipi pun jadi lah. ceh.)

Dulu saya nak sangat dapat jejaka yang lebih tua. Nah, hamik kau dayana, jejaka tua yang matang dan sangat futurama aka futuristik! :P

ps : capang capang pun i sayang juga. ^^

Feb 12, 2010

No regrets

What do u feel when the one that u called former boyfriend (read:ex) was actually having affair with someone during your loveship with him? ok, not someone but sometwo! First was a chance for him, and second was only be revealed by the best friend of yours after a year u had dump him? Ha ha. Feels like having a 'plant design' discussion for 12 hours non-stop + rasa geram + still nak tumbuk tumbuk that mr eff ex tak? some will say, past is past. yes. but the thing is i (ha ha, kata ganti diri pertama sudah) hate the fact that he dont even know that he was actually was making fun of me. erk. apakah? (geram kerna beliau sangka beliau telah memainkan daku sampai daku tidak ketahuan hingga kini tapi daku sudah tahu sebenarnya.) ha ha. ok, back to Wonderland Kindergarten's Language. Hey, mid finger for u lah ex!

ps : No regrets at all to dump such jackass.
pss : Shah Alam, im coming! uuuuuwwwwwwwwww.


SAY NO TO PANTIES ON V-DAY. ha, pakat bakteria, fungi, semut sume masuk baru tau! Please SAY YES TO PANTIES EVERYDAY! kih3 ^^

Feb 1, 2010

akhirnya

mama : tengah buat apa?
aku : baru balik diskusi. letih.
mama : apa yang letih? buat apa?
aku : letih menunggu orang. susah betul takda kenderaan.
mama : minta lah ayah kereta.
aku : nanti ayah bising. suruh berdikari itu ini la.
mama : nanti mama pujuk ayah. guna jela BMW yang tersadai kat rumah tu.
aku : ala, tak nak la. fuel consumption tinggi. bagi je la kancil.
mama : rumah kita mana ada kancil.
aku : ok, BMW pun BMW la.



best sungguh mimpi petang tadi. ah, tidur lepas asar. gaban.

Jan 23, 2010

maksud nama

" aku seorang puteri yang gagah perkasa namun aku masih bukan seorang yang maha penting. " kuk kik kuk kik bunyinya. - dayana rosli






maksud nama.


ps : diskusi di Lab Biotransformasi. Penat. Letih. Bukan gagah perkasa nampaknya. ^^

Jan 21, 2010

perempuan perempuan saya part 2

Sorority Picnic at Kota Tinggi.

KDSE. Sebelum berangkat.

Sejam kemudian. Tiba di Kota Tinggi. Rendah je pun. Rupanya pun takda rupa kota. haih.

Syazreen sebelum terjun.

Kami dalam air.



Bukan kami di dalam air.


Wakil Gimrama UTM.


Kami luar air.



Kami atas jambatan.




ps : plan nak balik rumah batal. tiba2 ada presentation workplace comm next week. T.T mari bersedih.

Jan 18, 2010

Material Safety Data Sheet

Thanks to Alia for this very new MSDS. Check it out. (note : its not that 'flammable' however. ha ha)

* * * * *

ps : Friend, kalau i dah share cerita sama sama tu, pandai pandai lah simpan jangan sampai nak make things worst - share with others pula. What? Everytime bergosipan kena cakap "hey, this is sensitive, please keep it between us okay?" ada akal, fikir. Tak semua benda bisa di tegur lah friend. I wont share anything with u anymore. For me, Gossipping = sharing = loving = caring. Was. Take note.

Jan 16, 2010

pantun

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

ps : " jika cinta dia .. jujurlah padaku .. tinggalkan ku disini tanpa senyumanmu .. ".. persahabatan itu sangat indah. asma, kite sentiasa kat sini untuk awak, be strong. :)

pss : i rindu you tapi you tak rindu i. nak rindu orang lain lah. XD rindu mama!

Jan 15, 2010

Jadual Minggu Ini

Jumaat (hari ini)
- kena jumpa En Sheikh untuk settlekan pasal FYP yang dah 2 minggu bertangguhan. moga En Sheikh mood baik maka tak perlu lah nak buat exercise mata lebih lebih lalu terdapat dosa secara tidak sengaja. heh.
- kena tunggu kat lab sorang sorang selama 4 jam tapi syukur sebab kena stay petang petang dan Baizura comel teman :) kalau malam takut lah : orang cakap ada hantu, haish. kenapa mulut celupar sangat pastu tak kasihan kah pada Baishatul yang nak stay back kat lab malam ini? ok, kasihan. Baishatul, kalau hantu kacau call aku. XD
- lepas itu malam ini kena buat design sebab esok Ezuan nak compile kalau tak siap nanti dia marah dan mula pot pet pot pet jadi macam Syamira pula. ha ha.
- larut malam pula kena berlatih menyanyi sebab nanti nak karok 3 jam dengan Asma. hoh.

Sabtu
- Esok pagi pagi kena bangun awal sebab nak ke lab untuk buat Glucose Analysis.
- Petang dah janji dengan Baizura nak tanam pokok sama sama. Comel.
- Lewat petang nak keluar beli barang dapur walaupun kolej aku tiada dapur, kesiannya, miskin sungguh, eh, tapi pantri ada, kaya lah itu. yeay.
- Malam mari memasak!

Ahad
- Pagi pagi nak bertolak pergi picnic dengan "perempuan perempuan saya." Lepas mandi akan karok 3 jam. yeay.
- Malam mesti penat maka balik tidur.

Isnin
- Lab.

Selasa
- Kelas. Ada presentation :X tapi hari Selasa ini macam nak demam pula maka tak perlu present. ha ha
Rabu
- Lab.

Khamis
- yeay balik rumah! oh, tak sabar nak golek golek depan TV lepas itu conquer remote sampai Mama bising lepas itu merajuk naik atas duduk bilik Abang dan pujuk Abang suruh dia pergi main futsal maka boleh lepak dalam bilik dia sampai subuh lepas itu bangun tengah hari tak mandi tak gosok gigi terus makan Kebab yang Mama bawak balik.

ps : harap harap semua plan minggu ini menjadi. :X

Jan 14, 2010

14 Januari

Hari ini 14 Januari. You, masih ingat tarikh ini setahun yang lalu?


Kita dah setahun kenal. Orang mungkin bilang, aloh, baru setahun jagung. Tetapi, I tetap sayang you. Sampai bila? Entah. Selama yang boleh mungkin. Andai tahun depan I sudah tidak mengira, I akan tetap sayang kan persahabatan kita. At least.


Yang benar,
Cik Dayana :")

Jan 12, 2010

mata tak bisa lelap

tidur awal sebentar tadi. kemudian bangun mandi serta berteleku sebentar menghadap Yang Maha Esa. berdoa. semoga keluarga dan orang yang aku sayang di berkati semuanya. menangis. rindu rumah. nak mama. nak ayah. nak abang. nak liya. nak makan sambal bilis. nak kacau ibu tidur. nak ragging housemate baru. macam macam nak buat. sadis. satu pun tak bisa. usai menangis, lambakan kerja menanti. tetapi malas setelah broadband minta di terajang dan di tampar berkali kali. katil pula panggil tidur. aku akur. padam lampu. baring baring. dengar gelak you seperti selalu-pelik, hari ini tak menangis seperti beberapa hari lalu. pejam mata. tak bisa tidur. gentel si bantal peluk. masih tak bisa tidur. peluk teddy kecik kuat kuat. tak bisa juga. sedih, kecewa, marah, cemburu, sakit hati, menyesal, geram, kemudian menangis. bisa tidur. mungkin.


ps : hari ini bukan hari aku. esok hari baru. mahu hati baru.

Jan 8, 2010

buat si bulan

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

senyap.

adik : kak nana. tengah buat apa?
aku : makan.
adik : ok. bye.
aku : eh. kena...(tit tit tit tit tit..)PA call?

aku miss call semula si adik.
lagu sama bergema sambil vibrate.

adik : hello! (oh, dengan sangat gembira)
aku : kenapa call tadi?
adik : saja. mama dapat call free. ok. bye.
aku : aa..(tit tit tit tit..)

seorang sahabat pernah berkata yang kalau sem akhir ini, beliau memerlukan support yang agak tinggi dari orang orang yang tersayang. ya, begitu juga dengan aku. perlukan benda yang sama umpama minyak pelincir yang akan tolong itu piston gerak laju laju lepas tu bagi rotate itu benda pusing pusing itu laju laju lepas itu boleh vrooooooooooom. rapikan semata. aku nak you!

ps : aku masih bukan maha penting seperti sebelum ini.