Jan 23, 2010

maksud nama

" aku seorang puteri yang gagah perkasa namun aku masih bukan seorang yang maha penting. " kuk kik kuk kik bunyinya. - dayana rosli






maksud nama.


ps : diskusi di Lab Biotransformasi. Penat. Letih. Bukan gagah perkasa nampaknya. ^^

Jan 21, 2010

perempuan perempuan saya part 2

Sorority Picnic at Kota Tinggi.

KDSE. Sebelum berangkat.

Sejam kemudian. Tiba di Kota Tinggi. Rendah je pun. Rupanya pun takda rupa kota. haih.

Syazreen sebelum terjun.

Kami dalam air.



Bukan kami di dalam air.


Wakil Gimrama UTM.


Kami luar air.



Kami atas jambatan.




ps : plan nak balik rumah batal. tiba2 ada presentation workplace comm next week. T.T mari bersedih.

Jan 18, 2010

Material Safety Data Sheet

Thanks to Alia for this very new MSDS. Check it out. (note : its not that 'flammable' however. ha ha)

* * * * *

ps : Friend, kalau i dah share cerita sama sama tu, pandai pandai lah simpan jangan sampai nak make things worst - share with others pula. What? Everytime bergosipan kena cakap "hey, this is sensitive, please keep it between us okay?" ada akal, fikir. Tak semua benda bisa di tegur lah friend. I wont share anything with u anymore. For me, Gossipping = sharing = loving = caring. Was. Take note.

Jan 16, 2010

pantun

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

ps : " jika cinta dia .. jujurlah padaku .. tinggalkan ku disini tanpa senyumanmu .. ".. persahabatan itu sangat indah. asma, kite sentiasa kat sini untuk awak, be strong. :)

pss : i rindu you tapi you tak rindu i. nak rindu orang lain lah. XD rindu mama!

Jan 15, 2010

Jadual Minggu Ini

Jumaat (hari ini)
- kena jumpa En Sheikh untuk settlekan pasal FYP yang dah 2 minggu bertangguhan. moga En Sheikh mood baik maka tak perlu lah nak buat exercise mata lebih lebih lalu terdapat dosa secara tidak sengaja. heh.
- kena tunggu kat lab sorang sorang selama 4 jam tapi syukur sebab kena stay petang petang dan Baizura comel teman :) kalau malam takut lah : orang cakap ada hantu, haish. kenapa mulut celupar sangat pastu tak kasihan kah pada Baishatul yang nak stay back kat lab malam ini? ok, kasihan. Baishatul, kalau hantu kacau call aku. XD
- lepas itu malam ini kena buat design sebab esok Ezuan nak compile kalau tak siap nanti dia marah dan mula pot pet pot pet jadi macam Syamira pula. ha ha.
- larut malam pula kena berlatih menyanyi sebab nanti nak karok 3 jam dengan Asma. hoh.

Sabtu
- Esok pagi pagi kena bangun awal sebab nak ke lab untuk buat Glucose Analysis.
- Petang dah janji dengan Baizura nak tanam pokok sama sama. Comel.
- Lewat petang nak keluar beli barang dapur walaupun kolej aku tiada dapur, kesiannya, miskin sungguh, eh, tapi pantri ada, kaya lah itu. yeay.
- Malam mari memasak!

Ahad
- Pagi pagi nak bertolak pergi picnic dengan "perempuan perempuan saya." Lepas mandi akan karok 3 jam. yeay.
- Malam mesti penat maka balik tidur.

Isnin
- Lab.

Selasa
- Kelas. Ada presentation :X tapi hari Selasa ini macam nak demam pula maka tak perlu present. ha ha
Rabu
- Lab.

Khamis
- yeay balik rumah! oh, tak sabar nak golek golek depan TV lepas itu conquer remote sampai Mama bising lepas itu merajuk naik atas duduk bilik Abang dan pujuk Abang suruh dia pergi main futsal maka boleh lepak dalam bilik dia sampai subuh lepas itu bangun tengah hari tak mandi tak gosok gigi terus makan Kebab yang Mama bawak balik.

ps : harap harap semua plan minggu ini menjadi. :X

Jan 14, 2010

14 Januari

Hari ini 14 Januari. You, masih ingat tarikh ini setahun yang lalu?


Kita dah setahun kenal. Orang mungkin bilang, aloh, baru setahun jagung. Tetapi, I tetap sayang you. Sampai bila? Entah. Selama yang boleh mungkin. Andai tahun depan I sudah tidak mengira, I akan tetap sayang kan persahabatan kita. At least.


Yang benar,
Cik Dayana :")

Jan 12, 2010

mata tak bisa lelap

tidur awal sebentar tadi. kemudian bangun mandi serta berteleku sebentar menghadap Yang Maha Esa. berdoa. semoga keluarga dan orang yang aku sayang di berkati semuanya. menangis. rindu rumah. nak mama. nak ayah. nak abang. nak liya. nak makan sambal bilis. nak kacau ibu tidur. nak ragging housemate baru. macam macam nak buat. sadis. satu pun tak bisa. usai menangis, lambakan kerja menanti. tetapi malas setelah broadband minta di terajang dan di tampar berkali kali. katil pula panggil tidur. aku akur. padam lampu. baring baring. dengar gelak you seperti selalu-pelik, hari ini tak menangis seperti beberapa hari lalu. pejam mata. tak bisa tidur. gentel si bantal peluk. masih tak bisa tidur. peluk teddy kecik kuat kuat. tak bisa juga. sedih, kecewa, marah, cemburu, sakit hati, menyesal, geram, kemudian menangis. bisa tidur. mungkin.


ps : hari ini bukan hari aku. esok hari baru. mahu hati baru.

Jan 8, 2010

buat si bulan

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

senyap.

adik : kak nana. tengah buat apa?
aku : makan.
adik : ok. bye.
aku : eh. kena...(tit tit tit tit tit..)PA call?

aku miss call semula si adik.
lagu sama bergema sambil vibrate.

adik : hello! (oh, dengan sangat gembira)
aku : kenapa call tadi?
adik : saja. mama dapat call free. ok. bye.
aku : aa..(tit tit tit tit..)

seorang sahabat pernah berkata yang kalau sem akhir ini, beliau memerlukan support yang agak tinggi dari orang orang yang tersayang. ya, begitu juga dengan aku. perlukan benda yang sama umpama minyak pelincir yang akan tolong itu piston gerak laju laju lepas tu bagi rotate itu benda pusing pusing itu laju laju lepas itu boleh vrooooooooooom. rapikan semata. aku nak you!

ps : aku masih bukan maha penting seperti sebelum ini.

Jan 3, 2010

nak cakap panjang panjang tanpa noktah

hello. happy sunday. lama sudah tak mem-blog sebab malas - as usual. its twenty ten already tapi aku masih rasa aku muda. kenapa? ha ha. btw, aku celebrate the new year eve dekat danga bay with Ezuan and Yi Jun. sadly and angrily, tidak ada pun boom boom bunga api, cuma ada lantern terbang yang mana bila lihat memang agak excited tetapi dek indonesian terlalu berlambak dan dah jadi macam negara mereka pula, amarah bergelumang maka dengan itu ajak mereka balik cepat cepat lepas itu singgah McD belanja ais krim murah bagi itu kepanasan hati kurang. phew.




Selepas bersadis malam new year, aku pakat tengok Chipmunk movie berdua dengan Shelah esok petang nya. Lepas itu, kami meng-karok 13 lagu dengan Syamira. Sekarang, di saat ini, aku sudah tahu bukan senang untuk jadi penyanyi sebab setelah aku mendendangkan hanya beberapa lagu, aku sudah letih dan mamai sampai jiran sebelah jamban karok tu ketuk ketuk pun aku dah tak amik port. Kalau tak, memang dah kena maki hamun juih lidah ptuih ptuih siap keluar bukan saja middle finger tapi semua fingers lah gamaknya.


Baki Sisa Residue Leftover aku di UTM hanya tinggal 5 bulan dan kalau boleh aku nak guna masa sehabis yang baik dengan rakan rakan sebab tak nak nanti dah kerja mula rindu dengan kawan kawan lepas itu mula nangis nangis menyesal sebab tak pergi mandi Air Terjun kat Gunung Ledang dengan Kelly, tak join Trip pergi Singapore dengan Syazreen, tak pergi picnic dengan Perempuan-Perempuan saya, tak sempat belanja Kroll Baskin Robin bila 31 hari bulan, dan macam macam lagi yang kalau boleh nak buat semua tapi tak boleh sebab MARA kedekut duit seribu tak nak bagi bagi lagi hingga buat aku benci tapi terpaksa sayang sampai bulan may ini. fuh.

ps : orang cakap, kalau ada jodoh, takkan kemana. kan? *gembira dan senyum sampai ke telinga capang yang tiba tiba ada biji kat tepi dan bila picit keluar putih dan darah lepas tu buat muka sedih sebab telinga ada luka yang sakit tapi sekarang dah comel balik takde luka cuma masih capang!* apakah?pbbbt.