Aug 26, 2010

Aku masih di UTM

Aku masih di UTM. Gembira atau sedih?


Pejam celik pejam celik, dah lebih sebulan aku ada kat UTM. (Masuk 15 August) Dan genap sebulan dah aku jadi pelajar Sarjana. Dan dalam masa sebulan jugak, insyaAllah aku dan rakan2 akan ditauliahkan dengan Sarjana Muda. Rasa macam singkat je perjalanan hidup aku ni tapi alhamdulillah, semua masih berjalan dengan lancar. He he.

Nak bercerita tentang master ni tak banyak sangat la. Cuma, hari2 kena masuk lab : 8am hingga 5pm. Wajib datang even takde experiment kene buat. Duduk je la baca journal tak pun melagha cari blog gosip atau tengok video artist korea. Balik2 memang dah letih dan akan masuk tido awal. Sungguh letih. Tapi benda ni pun dah tak boleh nak berpatah balik so aku akan enjoy masters ni selagi boleh. He he. Nasib baik Kimi dan Pei Ying ada, tak lah bosan sangat. ^.^


ps : Buat kawan2 yang dah kerja tu, selamat meneruskan kerja korang. Yang belum kerja tu, mai la ramai2 amik master. Ha ha.
pps : UTM dah jadi Research University. Tahniah! Semoga postgrad student (mainly research, yang mana diri aku pun ter-included) from UTM akan lebih berkualitas!

I'm back!

Salam and Hi to all. Wawawa, lama gila tak active mem-blog and suddenly rasa nak back to blog! Sumpah tak tahu apa kena tiba2 macam ter-drive nak start blogging balik padahal dulu ye2 buat "akujanji" tak nak post pape lagi kat blog. Ha ha. So, at the first start after lama dah menyepi, just wanna say Hi to all and hopefully akan merajinkan diri menulis lagi! Yeah. :D



ps : Seronok tengok cerita 8 bulan from tv3. Theme song dia pun sangat sempoi. KIta sukak!