Sep 17, 2010

Raya

Selamat Hari Raya to all. I was having a great 1st syawal with my family. And still have the raya spirit. Wishing others to have a great raya juga even its 10 Syawal already. Yo, raya sebulan kot! He he. A picture is worth one thousand words kan? Nah 5 gambar pada satu syawal! Ungkaikan la 5000 words! Ha ha


Abang. Me. Liya. Kereta persona sapa tah.

Mama and I.

Ayah. Me. Liya. Puyi. Pokok bunga plastik.

My beloved abah and me.

Cute Little Farisha and 'cute me'. Ha ha


Omak, baru 28 words! Sila tambah lagi 4972 words lagi ya! He he.


ps : Ampun dan Maaf jika saya (wah, saya tau!) ada terkasar bahasa secara sengaja mahupun tidak. Selamat Hari Raya! :)

Sep 5, 2010

Ketika dulu ketika sekarang

Dulu, tengah duit banyak..
Baju semua masuk mesin basuh..
Sekarang, duit takde..
Baju semua basuh sendiri..

Dulu, tengah duit banyak..
Malam je turun mini mart beli vitagen..
Sekarang, duit takde..
Malam minum air vico, buat sendiri!

Dulu, tengah duit banyak..
Pergi dan balik lab naik taxi..
Sekarang, duit takde..
Pergi lab naik bus, balik tumpang senior balik T_T

Dulu, tengah duit banyak..
Bosan bosan pergi Jusco..
Sekarang, duit takde..
Bosan bosan tido.

Nak dulu...! Cepatlah elaun masuk! Wahai!

ps : Sunyinya blok!! T_T

Sep 1, 2010

Negeri dan Isinya

Some people say..

" Orang Melaka ni memang kurang ajar sikit. La habau kau kerbau. "

" Laki kelantan ni selalu nak jugak cari perempuan kelantan. Kalau dah ada isteri bukan orang kelantan, last2 pasti isteri tu akan bermadu. "

" Orang terengganu ni kedekut. Makan pun nak berkira. "

" Orang Johor ni bawak kereta berani mati a.k.a tak berhemah. "

Betul ke? Aku sebagai orang yang bukan asal Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka mungkin tak terasa sangat lah. Tapi yang lahir kat negeri terlibat tu, apa perasaan korang? Jujurnya, benda ni adalah persepsi individu eventhough tak pernah keluar statistik yang mengatakan pasal benda ni. Mungkin dari pengalaman dan cerita cerita orang yang membuatkan akhirnya konklusi setiap negeri tu berperangai sebegitu. Kira macam sebabkan nila tu la rosak susu sebelanga. Kan? Bukan pasal 4 negeri ni aje, ade jugak orang bercakap tentang negeri itu dan ini. 4 kat atas tu cuma contoh yang aku pernah dengar la. Aku rasa benda ni simple, jangan cakap pasal negeri orang kalau kau tak nak orang cakap pasal negeri kau. Bila cakap pasal negeri kau, kau tahu nak emo tapi kau duduk bercerita itu ini pasal orang negeri lain. Diam diam sudah. Sejak bila pulak satu manusia tu jadi satu nila lepas tu nak lelehkan air liur dengan air hidung sampai satu negeri terjangkit dengan perangai manusia tu? Fuh.


ps : Orang Selangor perangai macam mana agak nya ya? Santek santek somel somel? He he